Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460183
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Mokhtar Tahar, Dr.
dc.contributor.authorSiti Norziha Anuar (P96008)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:40:52Z-
dc.date.available2023-09-13T09:40:52Z-
dc.date.issued2021-04-24
dc.identifier.otherukmvital:126266
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460183-
dc.descriptionKajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru pendidikan khas dari aspek pengetahuan, aspek kemahiran dan aspek sikap dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Pembelajaran bagi mata pelajaran teras. Kajian ini juga melihat perbezaan kesediaan guru dari ketiga-tiga aspek berdasarkan faktor demografi iaitu kelulusan akademik, pengalaman, opsyen asal dan kursus yang dihadiri guru. Kajian kuantitatif deskriptif ini melibatkan 283 orang guru di dua daerah negeri Selangor iaitu daerah Petaling Perdana dan daerah Klang. Data dikumpulkan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 41 item diadaptasi dari Tamilarasi A/P Karuppanan (2007) dengan nilai kesahan melebihi 0.80 dan nilai Indeks kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.964. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan frekuensi, min serta sisihan piawai. Analisis inferensi pula diterjemahkan melalui ujian MANOVA. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru adalah sederhana tinggi (M=3.99, SP=0.331) manakala tahap kemahiran dan sikap guru adalah tinggi iaitu (M=4.24, SP=0.606) dan (M=4.12, SP=0.525). Walaupun pengetahuan guru sederhana tinggi, kemahiran dan sikap menjadikan guru sentiasa bersedia dalam melaksanakan KSSRPK Pembelajaran yang sentiasa berubah. Analisis MANOVA mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesediaan guru dari aspek kemahiran dan sikap berdasarkan faktor demografi kelulusan akademik dan pengalaman. Manakala kesediaan guru dari aspek pengetahuan pula menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan kelulusan akademik dan opsyen asal. Kursus yang dihadiri pula menunjukkan perbezaan yang signifikan dari aspek kemahiran sahaja. Kesimpulannya, guru-guru mata pelajaran teras didapati telah melaksanakan KSSRPK Pembelajaran di Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) dengan baik kerana mempunyai kemahiran dan sikap yang tinggi. Walau bagaimanapun, pengetahuan dalam kalangan guru KPKP harus diberi penekanan bagi melonjakkan kualiti guru pada abad ke-21 ini.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectSpecial education teachers
dc.subjectEducation
dc.subjectsecondary
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesediaan guru pendidikan khas dalam melaksanakan kurikulum standard sekolah rendah Pendidikan Khas (KSSRRPK) pembelajaran bagi mata pelajaran teras
dc.typetheses
dc.format.pages178
dc.identifier.callnoLC396.S568 2021 tesis
dc.identifier.barcode006410(2021)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126266+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.