Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460180
Title: Amalan pengurusan sumber manusia guru besar dan motivasi kerja guru di Negeri Selangor
Authors: Syerwiah Abu Hassan (P96076)
Supervisor: Bity Salwana Alias, Dr.
Keywords: Teacher -- Administrator relationships
Work motivation
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Feb-2021
Description: Kajian lepas menunjukkan dapatan yang pelbagai untuk perkaitan antara amalan pengurusan sumber manusia dan motivasi kerja. Namun jurang dalam kajian lepas yang kurang memberi fokus kepada amalan pengurusan sumber manusia guru besar yang melibatkan dimensi latihan pembangunan, pemberian ganjaran dan penilaian prestasi dengan motivasi kerja guru. Tujuan kajian ini adalah mengenalpasti tahap amalan pengurusan sumber manusia dan hubungannya dengan tahap motivasi kerja guru serta faktor yang menyumbang kepada peningkatan motivasi kerja guru. Kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif ini melibatkan 380 orang guru sebagai responden kajian yang melengkapkan soal selidik sebagai instrumen. Program Statistical Package For The School Science (SPSS) Versi 23.0 digunakan bagi mendapatkan min, sisihan piawai, frekuensi, dan peratus untuk analisis deskriptif dan kolerasi Pearson untuk analisis inferensi. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan, amalan pengurusan sumber manusia guru besar berada pada tahap tinggi. Tahap motivasi kerja guru juga berada pada tahap tinggi. Analisis korelasi pula menunjukkan wujud hubungan positif yang sederhana antara amalan pengurusan sumber manusia guru besar dengan motivasi guru (r=.515, p<.01). Terdapat dua faktor sumbangan iaitu dimensi latihan pembangunan dan sistem ganjaran kepada peningkatan motivasi kerja guru. Kesimpulannya, bagi memastikan impak amalan pengurusan sumber manusia secara optimum, guru besar perlu memberi perhatian terhadap pembangunan staf melalui latihan dan peluang untuk melanjutkan pelajaran, menjaga kebajikan staf, membuat penilaian prestasi yang adil, dan pemberian ganjaran yang bersesuaian.,Ijazah Sarjana Pendidikan
Pages: 127
Call Number: LB1084.S974 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126263+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.96 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.