Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460178
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzlin Norhaini Mansor, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAzizah Mohd Mohyin (P97108)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:40:44Z-
dc.date.available2023-09-13T09:40:44Z-
dc.date.issued2021-02-16
dc.identifier.otherukmvital:126175
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460178-
dc.descriptionPerubahan dalam sistem pendidikan negara sentiasa berlaku bagi meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan perkembangan semasa dunia. Pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu perubahan yang memerlukan peranan pemimpin sekolah sebagai peneraju perubahan berkesan di samping komitmen guru melaksanakannya. Namun demikian kajian mengenai kepimpinan perubahan dan kaitannya dengan komitmen guru dalam melaksanakan PBS masih belum mantap dan sangat terbatas di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan perubahan Guru Besar, tahap komitmen guru dalam melaksanakan PBS serta mengenal pasti hubungan dan sumbangan amalan kepimpinan perubahan Guru Besar terhadap komitmen guru dalam melaksanakan PBS. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah tinjauan melalui pendekatan kuantitatif. Teknik pensampelan sistematik digunakan bagi memilih responden kajian yang terdiri daripada 312 guru sekolah rendah di Putrajaya. Hasil kajian mendapati tahap amalan kepimpinan perubahan Guru Besar di Putrajaya adalah tinggi manakala tahap komitmen guru dalam melaksanakan PBS adalah sederhana. Terdapat hubungan positif yang signifikan dan kuat antara amalan kepimpinan perubahan dengan komitmen guru dalam melaksanakan PBS. Analisis regresi berganda menunjukkan tiga daripada lapan dimensi amalan kepimpinan perubahan Guru Besar iaitu mengupayakan kuasa untuk bertindak, menyebarkan visi dan menjana kejayaan jangka pendek didapati menyumbang kepada komitmen guru dalam melaksanakan PBS. Dapatan kajian ini memberi panduan bahawa bagi mencapai kejayaan dalam pelaksanaan PBS, Guru Besar perlu menyelesaikan halangan serta menyediakan sumber-sumber yang diperlukan guru terlebih dahulu. Selain itu, dapatan kajian ini juga dapat memberi input kepada KPM, IAB dan JPN dalam memperkasakan pelaksanaan dasar PBS melalui amalan kepimpinan perubahan pemimpin sekolah serta komitmen guru. Kesimpulannya amalan kepimpinan Guru Besar memainkan peranan penting dalam menentukan komitmen guru dalam pelaksanaan PBS.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
dc.subjectGuru besar -- Kepimpinan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAmalan kepimpinan guru besar dan komitmen guru dalam pelaksaan pentaksiran berasaskan sekolah
dc.typetheses
dc.format.pages185
dc.identifier.barcode006416(2021)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126175+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.