Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460174
Title: | Hubungan antara kecenderungan pemikiran kritikal, penglibatan pelajar dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar Sarjana |
Authors: | Nurul Nabila Ibrahim (P96029) |
Supervisor: | Shahlan Surat, Dr. |
Keywords: | Pemikiran kritikal Pelajar Sarjana Pencapaian akademik Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 25-Apr-2021 |
Description: | Pelajar pascasiswazah seharusnya berkebolehan dalam membentuk pemikiran dan memacu pelan tindakan mereka sepanjang tempoh pengajian. Kriteria ini adalah pemangkin untuk menghasilkan pelajar dewasa yang lebih berkualiti. Namun begitu, perkaitan antara kecenderungan berfikir secara kritikal, penglibatan mereka dalam aktiviti akademik dan pencapaian akademik masih ada ruang untuk dikaji dalam konteks pelajar sarjana. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kecenderungan pemikiran kritikal, penglibatan pelajar dan pencapaian akademik serta hubungan antara ketiga-tiga aspek tersebut. Rekabentuk kajian tinjauan ini dilaksanakan ke atas 241 orang pelajar ijazah sarjana di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia menerusi instrumen Skala Kecenderungan Pemikiran Kritikal dan Inventori Penglibatan Pelajar Universiti. Kajian mendapati majoriti pelajar mempunyai tahap kecenderungan pemikiran kritikal dan penglibatan pelajar yang tinggi. Kecenderungan pemikiran kritikal mempunyai hubungan yang signifikan dan positif dengan penglibatan pelajar, tetapi tiada hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara penglibatan pelajar dan pencapaian akademik. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa peningkatan pencapaian akademik boleh dicapai dengan menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti akademik. Manakala, penglibatan pelajar pula dapat ditingkatkan seiring dengan peningkatan kecenderungan pemikiran kritikal mereka. Oleh itu, implikasi kajian ini mencadangkan agar pihak yang terlibat harus peka akan potensi kecenderungan pemikiran kritikal dan penglibatan dalam menambah merit pelajar.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 139 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_126016+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.29 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.