Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460170
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, Dr.
dc.contributor.authorMuhamad Firdaus Mohd Noh (P96099)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:40:32Z-
dc.date.available2023-09-13T09:40:32Z-
dc.date.issued2020-12-18
dc.identifier.otherukmvital:125947
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460170-
dc.descriptionPenggunaan item subjektif dalam pengujian bahasa memberi kebebasan kepada guru-guru semasa menanda berdasarkan pertimbangan mereka. Kebebasan tersebut membuka ruang kepada wujudnya penandaan yang tidak seragam. Walau bagaimanapun, kualiti penandaan guru jarang sekali dinilai khususnya dalam ujian lisan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau perbezaan kualiti penandaan guruguru dibandingkan berdasarkan tiga ciri, iaitu pengalaman menanda, latihan penandaan dan pengalaman mengajar serta menentukan kewujudan interaksi bias antara guru terhadap calon, item dan domain. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif menerusi reka bentuk tinjauan melibatkan 164 orang guru-guru Bahasa Inggeris yang mengajar pelajar menengah rendah dipilih menerusi pensampelan kluster berperingkat. Setiap guru menanda jawapan enam orang calon dalam satu ujian lisan yang mengandungi tiga item dan dinilai berdasarkan tiga domain (kosa kata, tatabahasa dan komunikasi). Kajian telah berjaya mencapai tujuan untuk menguji hipotesis berkenaan kualiti penandaan guru. Hasil kalibrasi antara empat faset utama (guru, calon, item dan domain) menerusi model pengukuran Rasch pelbagai faset (MFRM) menunjukkan kualiti penandaan guru berdasarkan indikator ketegasan dan kesepadanan adalah tidak seragam. Ketegasan guru didapati berbeza apabila dibandingkan berdasarkan pengalaman menanda dan pengalaman mengajar tetapi tidak berbeza apabila dibandingkan berdasarkan latihan penandaan. Analisis interaksi antara faset pula menemukan bias telah berlaku secara sistematik terhadap sesetengah kelompok calon, item dan domain yang menggugah kualiti markah calon. Antara implikasi yang diperolehi daripada kajian ini ialah proses pelantikan pentaksir dalam kalangan guru-guru perlulah dilaksanakan secara teliti, manakala usaha berterusan perlu digiatkan bagi membimbing guru-guru sebagai pentaksir yang baik serta model MFRM boleh dimanfaatkan dalam latihan penandaan bagi menyaring keupayaan guruguru mentaksir. Adapun kajian ini mempunyai limitasi kerana hanya menggunakan pendekatan kuantitatif dan saiz sampel yang terhad kerana keterbatasan masa dan sumber serta hanya memberi fokus kepada analisis faset guru sahaja. Oleh itu, kajian akan datang perlu menumpukan perhatian kepada penyiasatan kualiti penandaan menggunakan kajian campuran dan penggunaan kerangka pensampelan yang lebih meluas. Selain itu, faktor-faktor kepelbagaian ciri-ciri calon, jenis ujian dan suasana pentaksiran juga perlu lebih giat dibuktikan menerusi kajian empirikal.,Ijazah Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPenandaan jawapan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePerbezaan kualiti penandaan guru berdasarkan kepelbagaian latar belakang dan analisis bias antara guru terhadap calon, item dan domain
dc.typetheses
dc.format.pages288
dc.identifier.barcode006379(2021)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125947+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.