Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460169
Title: Kepimpinan inovatif pentadbir dan hubungannya dengan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah rendah
Authors: Yeong Chaw Wei (P79062)
Supervisor: Mohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kepimpinan Inovatif
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Oct-2020
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan inovatif pentadbir dan perbezaan tahap kepimpinan inovatif pentadbir berdasarkan faktor demografi (umur, jawatan yang disandang, kelayakan akademik tertinggi, pengalaman sebagai pentadbir). Selain itu, kajian ini juga ingin mengenal pasti tahap pengintegrasian ICT di sekolah. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti hubungan dan pengaruh antara kepimpinan inovatif pentadbir dengan pengintegrasian ICT. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik di mana soal selidik tersebut telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Soal selidik kepimpinan inovatif diadaptasi dari Model Kepimpinan Inovatif Gliddon untuk menguji tahap kepimpinan inovatif pentadbir, manakala Model SAMR diadaptasikan untuk menguji tahap pengintegrasian ICT. Kajian ini telah melibatkan 234 orang pentadbir di 109 buah sekolah rendah daerah Seremban, Negeri Sembilan. Analisis deskriptif (min dan peratus) dan inferensi telah digunakan untuk menguji persoalan kajian menggunakan perisisan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22.0. Dapatan kajian pada keseluruhan menunjukkan kepimpinan inovatif pentadbir berada pada tahap yang sangat tinggi (min= 4.354, s.p.= 0.339) manakala tahap pengintegrasian ICT adalah pada tahap tinggi (min= 4.105, s.p.= 0.414). Hasil ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kepimpinan inovatif pentadbir berdasarkan faktor demografi umur dan jawatan yang disandang tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kepimpian inovatif pentadbir berdasarkan faktor demografi kelayakan akademik tertinggi dan pengalaman sebagai pentadbir. Hasil ujian ANOVA turut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengintegrasian ICT berdasarkan kesemua faktor demografi (umur, jawatan yang disandang, kelayakan akademik tertinggi, pengalaman sebagai pentadbir). Ujian korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan positif yang sederhana (r= 0.441, p< 0.001) antara kepimpinan inovatif pentadbir dengan pengintegrasian ICT. Ujian regresi berganda menunjukkan kepimpinan inovatif pentadbir mempengaruhi pengintegrasian ICT sebanyak 32.4%. Beberapa implikasi dan cadangan turut dibincangkan bagi membantu pentadbir sekolah mengamalkan kepimpinan inovatif dengan berkesan di sekolah. Kesimpulannya, pentadbir sekolah rendah di Daerah Seremban, Negeri Sembilan mengamalkan kepimpinan inovatif dengan sangat baik serta dapat memastikan pengintegrasian ICT dalam PdP.,Ijazah Sarjana Pendidikan
Pages: 212
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125945+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.