Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460164
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Khadijah Abdul Razak, Dr. | |
dc.contributor.author | Norhananni Nordin (P88606) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:40:22Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:40:22Z | - |
dc.date.issued | 2021-09-30 | |
dc.identifier.other | ukmvital:125778 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460164 | - |
dc.description | Amalan akhlak guru merupakan faktor persekitaran yang mempengaruhi akhlak dan sahsiah murid di sekolah. Di samping itu, penerapan nilai yang dilaksanakan oleh guru di dalam proses pengajaran dan pembelajran (PdP) berperanan penting dalam pengamalan dan penghayatan nilai murid. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji tahap amalan akhlak dan penerapan nilai Guru Pendidikan Islam (GPI) di daerah Jerantut, Pahang. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan yang melibatkan 171 orang GPI sebagai responden. Instrumen borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi tiga bahagian iaitu, demografi, tahap amalan akhlak dan tahap penerapan nilai GPI. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 26.0 yang melibatkan analisis deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) dan analisis inferensi (ujian t tidak bersandar, ANOVA sehala dan Korelasi Pearson). Hasil kajian mendapati tahap amalan akhlak dan penerapan nilai GPI berada pada tahap tinggi (m=4.33). Namun, hasil ujian t tidak bersandar dan ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan akhlak dan penerapan nilai GPI berdasarkan demografi (jantina, kategori sekolah dan tempoh pengalaman mengajar). Manakala, hasil ujian Kolerasi Pearson menunjukkan wujud hubungan yang kuat antara amalan akhlak dan penerapan nilai GPI (r=0.734; p<0.05). Dapatan kajian ini diharap memberi input kepada guru agar istiqamah mengamalkan akhlak mulia dan menerapkan nilai dalam proses PdP dengan berkesan. Usaha ini penting bagi melahirkan guru yang berkualiti seterusnya melahirkan murid yang berakhlak mulia dan bersahsiah tinggi.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pendidikan Islam -- Pengajaran dan pembelajaran | |
dc.subject | Guru -- Jerantut -- Pahang | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Amalan akhlak dan penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 158 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125778+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.11 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.