Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460161
Title: | Pengaplikasian permainan bahasa bidak banding untuk pembelajaran perbandingan semacam dalam peribahasa tingkatan satu |
Authors: | Beseknorliana Remeng (P96516) |
Supervisor: | Wan Muna Ruzanna Wan Muhammad, Dr. |
Keywords: | Bahasa Melayu -- Pengajaran dan pembelajaran Peribahasa Melayu Perbandingan semacam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 7-Oct-2021 |
Description: | Hubungan tanda, penanda, dan petanda diasimilasikan dengan perbandingan Semacam dalam Peribahasa Melayu daripada akal budi Melayu dan hati budi Melayu bagi meneroka makna denotasi dan konotasi. Makna diperoleh berdasarkan aspek pancaindera daripada melihat, menghidu, mendengar, merasa, dan sentuhan. Proses simulasi permainan bahasa Bidak Banding merupakan adaptasi daripada Tic-Tac-Toe menghasilkan rantau konsepsi kepada gambaran yang menjelaskan makna dalam Perbandingan Semacam. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kesesuaian permainan bahasa Bidak Banding untuk pembelajaran Perbandingan Semacam, menghuraikan proses pengaplikasian permainan bahasa Bidak Banding, dan menjelaskan makna denotasi dan konotasi dalam Perbandingan Semacam berdasarkan Teori Semiotik Charles Sander Pierce dan Roland Barthers. Data Perbandingan Semacam dikumpul daripada buku teks Bahasa Melayu Tingkatan Satu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) (2016). Reka bentuk kualitatif dengan kajian tindakan (Model Kemmis dan Mc Taggart) kitaran dua gelung melibatkan sebelas orang pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Dapatan daripada penggunaan Teori Semiotik didapati murid hanya menguasai makna denotasi. Penggunaan permainan bahasa Bidak Banding dapat memberi suntikan motivasi, minat, dan cabaran minda kepada murid. Pembelajaran Perbandingan Semacam adalah berkait rapat dengan aspek ketidaktahuan, kekeliruan, dan penjarangan. Berdasarkan pendekatan yang digunakan, kajian ini membuktikan bahawa dalam pengajaran Perbandingan Semacam seharusnya guru perlu menerapkan penggunaan peribahasa dalam kalangan murid selaras dengan usaha untuk mengangkat martabat warisan budaya tidak ketara dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) terus lestari dipugarkan dan malar digunakan sepanjang zaman.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 393 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengaplikasian permainan bahasa bidak banding untuk pembelajaran perbandingan semacam dalam peribahasa tingkatan satu.PDF Restricted Access | 621.04 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.