Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460157
Title: Kepimpinan lestari pengarah dan hubungannya dengan amalan pembelajaran sepanjang hayat pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG)
Authors: Muzzafar Malek (P96021)
Supervisor: Jamalullail Abd Wahab
Keywords: Kepimpinan
Pensyarah -- Institut Pendidikan Guru (IPG)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Oct-2021
Description: Kepimpinan Lestari Pengarah dan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Pensyarah mempunyai hubungan yang penting antara keduanya. Perubahan dan penambahbaikkan di dalam sistem melalui PSH juga dapat memantapkan dan memartabatkan sesebuah institusi untuk menjadikannnya berkualiti serta releven. Pelaksanaan program PSH merupakan satu latihan di institusi pendidikan yang meningkatkan prestasi kerja, pengetahuan, kemahiran dan tahap pendidikan seseorang individu. Kajian ini memberikan penekanan terhadap program PSH amat diutamakan kepada golongan pendidik iaitu para pensyarah IPG, ini kerana golongan pensyarah ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menghasilkan dan mengembangkan kesan perubahan yang signifikan kepada sesi pembelajaran pelajar iaitu bakal guru. Tahap amalan kepimpinan lestari Pengarah dikaji secara mendalam di dalam kajian ini bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran pensyarah-pensyarah di IPG berdasarkan teori pemimpin lestari yang diasaskan oleh Andy Hargreaves dan Dean Fink sejak tahun 2003. Objektif kajian yang menekankan kepada amalan kepimpinan lestari pengarah IPG Wilayah Tengah dan tahap amalan pensyarah di IPG Wilayah Tengah. Kajian ini juga menggunakan kaedah soal selidik bagi mencapai tahap kajian. Analisis digunakan di dalam kajian ini berdasarkan kepada pengumpulan data melalui borang soal selidik yang diberikan kepada 200 orang pensyarah di IPG Wilayah Tengah bagi mengenalpasti tahap dan pengaruh amalan kepimpinan dan PSH. Tiga kaedah analisis digunakan di dalam kajian ini iaituanalisis deskriptif. Korelasi dan regrasi. Berdasarkan kepada analisis mendapati bahawa penggalakan pembelajaran berterusan memperolehi tahap keputusan yang tertinggi berbanding yang lain di dalam amalan kepimpinan IPG. Manakala Pemeliharaan mencatatkan tahap keputusan yang terendah berbanding amalan kepimpinan yang lain. Kajian juga turut menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan Kepimpinan Lestari Pengarah dan Amalan PSH Pensyarah. Hipotesis yang kedua pula menunjukkan bahawa tidak terdapat pengaruh dan peramal yang signifikan antara amalan kepimpinan lestari pengarah dengan amalan pembelajaran sepanjang hayat pensyarah di IPG Wilayah Tengah. Kajian ini amat penting terutamanya di dalam meningkatkan taraf dunia pendidikan di Malaysia kerana pendidik yang cemerlang akan melahirkan anak didik yang cemerlang di dalam bidang pendidikan.,Sarjana Pendidikan
Pages: 176
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125768+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.