Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460152
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Bity Salwana Alias, Dr. | |
dc.contributor.author | Siti Norfatin Abdullah (P96499) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:40:01Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:40:01Z | - |
dc.date.issued | 2021-03-25 | |
dc.identifier.other | ukmvital:125263 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460152 | - |
dc.description | Program Pendidikan Inklusif (PPI) membolehkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) belajar bersama-sama murid normal di dalam kelas yang sama. Namun, kajian menunjukkan wujud masalah dalam PPI disebabkan pemimpin sekolah kurang memberi fokus terhadap peranan guru aliran perdana dalam pelaksanaannya. Disebabkan kajian seumpamanya masih kurang, termasuk di daerah Sepang, maka tujuan kajian ini adalah mengkaji amalan pengurusan sumber manusia guru besar dan hubungannya dengan kesediaan guru aliran perdana untuk PPI di daerah tersebut. Kajian ini juga mengkaji sumbangan amalan pengurusan sumber manusia guru besar terhadap kesediaan guru aliran perdana. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan pendekatan kuantitatif serta menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 82 orang guru aliran perdana dari enam buah sekolah telah dijadikan responden kajian. Data dianalisis secara deskriptif untuk menentukan tahap bagi amalan pengurusan guru besar dan tahap kesediaan guru manakala analisis inferensi untuk menentukan hubungan serta sumbangan antara kedua-dua pembolehubah. Secara keseluruhan, amalan pengurusan sumber manusia guru besar adalah pada tahap sederhana (skor min=2.80, s.p.=0.89) kecuali bagi amalan peningkatan ilmu dan kemahiran yang berada pada tahap rendah (skor min=2.43, s.p.=1.11). Tahap kesediaan guru aliran perdana pula secara umumnya pada tahap tinggi (skor min=3.63, s.p.=0.57) kecuali kesediaan kemahiran yang berada pada tahap sederhana (skor min=2.80, s.p.=0.89). Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang sangat tinggi (r=0.764, p<0.01) antara amalan pengurusan sumber manusia guru besar dan kesediaan guru aliran perdana untuk PPI. Analisis sumbangan pula menunjukkan konstruk kepimpinan bersama dan insentif merupakan penyumbang kepada kesediaan guru aliran perdana. Kesimpulannya, amalan pengurusan sumber manusia guru besar mampu mempengaruhi kesediaan guru aliran perdana untuk melaksanakan PPI dengan berkesan selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) ,iaitu peningkatan enrolmen dalam PPI bagi MBK. Kajian ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada KPM untuk latihan yang lebih tepat bagi meningkatkan amalan pengurusan sumber manusia guru besar umumnya serta bagi meningkatkan kesediaan guru aliran perdana dalam pelaksanaan PPI khususnya.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Program Pendidikan Inklusif (PPI) -- Sepang | |
dc.subject | Murid Berkeperluan Khas (MBK) | |
dc.subject | Pengurusan sumber manusia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Amalan pengurusan sumber manusia guru besar dan kesediaan guru aliran perdana untuk program pendidikan inklusif di Sepang | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 114 | |
dc.identifier.barcode | 004991(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125263+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.27 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.