Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460151
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Kamisah Osman, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Nur Azira Mat Rahim (P92832) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:40:00Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:40:00Z | - |
dc.date.issued | 2021-03-23 | |
dc.identifier.other | ukmvital:125262 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460151 | - |
dc.description | Pemikiran komputasional (PK) merupakan suatu kemahiran menyelesaikan masalah yang penting untuk dikuasai dalam mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR). Kemahiran ini juga telah diterapkan secara berperingkat dalam kurikulum pendidikan Malaysia melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KSSM) bermula pada tahun 2017. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi guru sains terhadap kemahiran PK dan hubungannya dengan gaya pengajaran guru. Kaedah tinjauan digunakan dengan soal selidik sebagai instrumen utama. Sampel kajian pula terdiri daripada 240 orang guru sains dari 31 buah sekolah rendah dan sekolah menengah dalam jajahan Kota Bharu. Model Penerimaan Teknologi (TAM) oleh Davis dijadikan sebagai kerangka konsep kajian untuk meninjau persepsi guru terhadap PK yang meliputi aspek pengetahuan, tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah diintegrasikan serta keinginan bertingkah laku. Gaya pengajaran pula menggunakan model gaya pengajaran Grasha untuk mengenalpasti gaya pengajaran guru yang dominan. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Kaedah analisis deskriptif yang digunakan adalah seperti frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai untuk melihat taburan profil responden, persepsi guru dan gaya pengajaran guru. Kaedah analisis inferensi yang digunakan pula adalah ujian-t dua sampel bebas, ujian MANOVA dan ujian korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap persepsi guru sains terhadap PK secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Terdapat dua aspek yang dikaji dalam persepsi ini berada pada tahap tinggi iaitu aspek tanggapan kebergunaan dan keinginan bertingkah laku. Gaya pengajaran dominan yang diamalkan oleh guru sains pula ialah gaya pengajaran model peribadi, diikuti dengan gaya fasilitator, gaya delegator, gaya autoriti formal dan gaya pakar. Sementara itu, hasil analisis inferensi pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan pada persepsi guru berdasarkan jantina serta gaya pengajaran guru berdasarkan jantina. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan antara persepsi dengan keinginan bertingkah laku dan keinginan bertingkah laku dengan gaya pengajaran paling dominan iaitu gaya model peribadi. Kajian mengimplikasikan bahawa guru perlu mempertingkatkan pengetahuan dan pemahaman mereka terhadap PK. Walaupun guru telah mengamalkan gaya pengajaran yang mengarah kepada pengajaran berpusatkan murid, tetapi guru juga perlu mempertingkatkan kemahiran mereka dari sudut kaedah pengajaran yang digunakan agar pengajaran sains berintegrasikan PK dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sains.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pemikiran komputasional | |
dc.subject | Pengajaran dan pembelajaran | |
dc.subject | Sains | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Persepsi guru sains terhadap pemikiran komputasional dan hubungannya dengan gaya pengajaran | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 189 | |
dc.identifier.barcode | 004990(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125262+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 441.4 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.