Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460142
Title: Amalan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) dan pengaruhnya terhadap kompetensi profesional guru Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Malaysia
Authors: Khairul Azman Jamaludin (P79032)
Supervisor: Jamalul Lail Abdul Wahab
Keywords: Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB)
Sekolah Dalam Hospital (SDH)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Feb-2021
Description: Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap amalan pembangunan profesionalisme berterusan (PPB) terhadap kompetensi profesional guru Sekolah Dalam Hospital (SDH) dalam aspek kesediaan, perancangan, latihan, pelaksanaan dan pemantapan. Selain itu, kajian ini juga melihat hubungan dan pengaruh amalan pembangunan profesionalisme berterusan terhadap kompetensi profesional guru. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian. Jumlah sampel adalah seramai 80 orang guru-guru SDH di seluruh Malaysia. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan statistik deskriptif dan statisitik inferensi. Penganalisisan dilakukan dengan menggunakan bantuan perisian SPSS (Statistical Package Social Science) 23. Hasil dapatan menunjukkan tahap amalan PPB inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia adalah pada tahap tinggi (min: 4.17 SP :0.550) , PPB inisiatif organisasi adalah pada tahap sangat tinggi (min: 4.23 SP :0.514) manakala PPB inisiatif kendiri adalah pada tahap sangat tinggi (min: 4.24 SP :0.535) manakala tahap kompetensi profesional guru adalah pada tahap sangat tinggi (min: 4.54 SP :0.517). Analisis inferensi Ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif dan siginifikan antara amalan PPB (inisiatif KPM, organisasi dan kendiri) dengan kompetensi profesional guru SDH.Seterusnya, melalui ujian regresi linear mendapati bahawa ketiga-tiga inisiatif merupakan peramal yang mempunyai korelasi dan pengaruh yang signifikan terhadap kompetensi profesional guru SDH. Walau bagaimanapun, peramal utama dan tertinggi yang signifikan bagi amalan PPB ialah inisiatif kendiri di mana ia memberi pengaruh sebanyak 47.10% (β=0.307, t=6.258, p=0.000 dan R2=0.471) terhadap kompetensi profesional guru SDH. Amalan PPB inisiatif kendiri dicadangkan dipertingkatkan dengan lebih meluas lagi oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia supaya memberi impak dalam meningkatkan prestasi kerja guru sekaligus menjadi pemangkin pembangunan profesionalisme guru-guru di Malaysia.,Sarjana Pendidikan
Pages: 205
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125249+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
15.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.