Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460141
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAliza Alias, Dr.
dc.contributor.authorNuraisyah Adnie Abd Rahman (P83297)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:39:44Z-
dc.date.available2023-09-13T09:39:44Z-
dc.date.issued2021-03-04
dc.identifier.otherukmvital:125248
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460141-
dc.descriptionProgram Transisi Kerjaya (PTK) adalah sebuah program yang memberi peluang kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) untuk menerima latihan kemahiran dan pengalaman dalam dunia pekerjaan. Guru Pendidikan Khas memainkan peranan yang penting dalam melatih MBK menguasai kemahiran pekerjaan yang tertentu. Justeru, kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik untuk mengumpul data secara persampelan rawak daripada 83 orang guru Pendidikan Khas di sekolah menengah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di daerah Klang, Selangor. Kajian bertujuan mengenal pasti pengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhadap pelaksanaan PTK kepada MBK dengan mengambil kira faktor demografi guru, iaitu tempoh tahun pengalaman mengajar MBK dan kehadiran kursus berkaitan PTK. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan (min=3.27) dan kemahiran (min=2.88) guru adalah sederhana manakala sikap guru (min=3.71) terhadap pelaksanaan PTK adalah tinggi. Dapatan ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) bagi pengetahuan (F(2,80)=9.492), kemahiran (F(2,80)=4.834) dan sikap (F(2,80)=6.538) guru terhadap pelaksanaan PTK bagi MBK berdasarkan tempoh pengalaman mengajar. Ini menunjukkan bahawa pengetahuan, kemahiran dan sikap bertambah mengikut tempoh pengalaman mengajar MBK. Seterusnya Ujian-t menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara pengetahuan (t=6.697) dimana guru yang menghadiri kursus lebih berpengetahuan (min=3.656) berbanding guru yang tidak menghadiri kursus (min=2.713), kemahiran guru pula menunjukkan perbezaan (t=5.311) dimana guru yang menghadiri kursus lebih berkemahiran (min=2.143) berbanding guru yang tidak menghadiri kursus (min=1.441). Sikap guru juga menunjukkan perbezaan (t=5.786) dimana guru yang menghadiri kursus lebih bersikap positif (min=4.033) berbanding guru yang tidak menghadiri kursus (min=3.239).Ini menunjukkan guru yang mengikuti kursus mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang lebih baik berbanding guru yang tidak mengikuti kursus berkaitan PTK. Dicadangkan agar guru diberikan peluang untuk mengikuti kursus yang bersesuaian dalam usaha melaksanakan PTK bagi MBK dengan jayanya. Dicadangkan juga agar aspek pengetahuan dan kemahiran guru berkaitan PTK dikaji dengan lebih mendalam bagi membantu PTK dilaksanakan dengan berkesan.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectProgram Transisi Kerjaya (PTK)
dc.subjectGuru Pendidikan Khas
dc.subjectMurid Berkeperluan Khas (MBK)
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhadap pelaksanaan program transisi kerjaya bagi murid berkeperluan khas
dc.typetheses
dc.format.pages152
dc.identifier.barcode004976(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125248+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.38 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.