Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460137
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhadijah Abdul Razak, Dr.
dc.contributor.authorAbdul Aziz Ismail (P92494)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:39:38Z-
dc.date.available2023-09-13T09:39:38Z-
dc.date.issued2020-12-02
dc.identifier.otherukmvital:124942
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460137-
dc.descriptionKomuniti Pembelajaran Profesional merupakan satu pendekatan pembelajaran baharu pada masa kini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian serta penambahbaikan sekolah melalui perkongsian pengetahuan, kemahiran dan kepakaran antara pentadbir, guru dan komuniti luar. Kompetensi Pengajaran memperlihatkan profesionalisme guru dalam merancang, mengurus dan melaksanakan pengajaran serta melonjakkan kemajuan pelajar secara optimum. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pelaksanaan amalan komuniti pembelajaran profesional dan hubungannya dengan kompetensi pengajaran guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Sampel kajian terdiri daripada 250 orang responden guru Pendidikan Islam. Kajian kuantitatif dilaksanakan berbentuk tinjauan merupakan reka bentuk kajian yang dipilih menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan maklumat data berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang dibina. Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu melibatkan nilai min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus manakala analisis inferensi pula melibatkan pengujian hipotesis dengan menggunakan ujian-t, ujian ANOVA sehala dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan amalan KPP dan kompetensi pengajaran GPI adalah tinggi manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara keduanya berdasarkan jantina, pengalaman dan kursus. Analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang kuat dan signifikan pelaksanaan amalan KPP dengan kompetensi pengajaran GPI. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak sekolah, PPD, JPN dan Kementerian Pendidikan Malaysia melipat gandakan usaha bagi mentransformasikan pendidikan ke arah yang lebih komprehensif dan mapan sejajar dengan peredaran zaman semasa.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPendidikan Islam -- Pengajaran dan pembelajaran
dc.subjectKompetensi guru -- Seremban
dc.subjectNegeri Sembilan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKomuniti pembelajaran profesional dan hubungannya dengan kompetensi pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah rendah di daerah Seremban, Negeri Sembilan
dc.typetheses
dc.format.pages147
dc.identifier.barcode004973(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124942+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.