Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460125
Title: | Penyoalan lisan dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PDPC) Pendidikan Islam |
Authors: | Ariyana Adam (P96121) |
Supervisor: | Hafizhah Zulkifli, Dr. |
Keywords: | Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Kemahiran kognitif Pendidikan Islam -- Pengajaran dan pembelajaran Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Sep-2021 |
Description: | Penggunaan penyoalan lisan merupakan salah satu cara untuk menyampaikan isi pembelajaran kepada pelajar yang dipraktikkan oleh guru sejak dari dulu lagi. Soalan lisan yang diajukan guru kepada pelajar telah terbukti mampu meningkatkan kemahiran kognitif pelajar dan menggalakkan pembelajaran secara aktif. Walaupun penggunaan penyoalan lisan telah sinonim dalam kalangan guru semasa proses pengajaran, akan tetapi guru-guru didapati masih kurang mahir dengan teknik penyoalan lisan yang berkesan. Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap amalan penyoalan lisan guru melalui perspektif pelajar dan tahap penilaian kendiri Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar. Kajian tinjauan ini menggunakan borang soal selidik yang melibatkan seramai 341 sampel pelajar Tingkatan Empat di 6 buah sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Analisis data menggunakan perisisan SPSS 23.0 melibatkan analisis deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) serta analisis inferensi (ujian-t sampel bebas, analisis varians sehala dan korelasi Pearson). Hasil kajian rintis berdasarkan analisis Cronbach Alpha bagi konstruk kajian adalah 0.9. Hasil kajian mendapati bahawa tahap amalan penyoalan lisan dalam kalangan guru berada pada tahap sederhana tinggi (min = 3.96, SP = 0.409), manakala tahap penilaian kendiri KBAT dalam kalangan pelajar berada pada tahap tinggi (min = 4.06, SP = 0.486). Analisis ujian-t bagi sampel bebas mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan penyoalan lisan guru berdasarkan jantina (t = -1.840, P = 0.067) dan jenis sekolah pelajar (F(2, 338) = 1.247, P = 0.289). Akan tetapi, hasil dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan penyoalan lisan guru berdasarkan jenis aliran pelajar (t = 3.260, P = 0.001). Analisis ujian-t bagi sampel bebas juga dijalankan untuk melihat perbezaan tahap penilaian kendiri KBAT pelajar berdasarkan jantina, jenis sekolah dan aliran pelajar. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap penilaian kendiri KBAT pelajar berdasarkan jantina (t = -2368, P = 0.018) dan jenis aliran pelajar (t = 3.116, P = 0.002). Hasil analisis varians sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penilaian kendiri KBAT pelajar berdasarkan jenis sekolah (F (2, 338) = 2.711, P = 0.068). Hasil analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara tahap amalan penyoalan lisan guru dengan tahap penilaian kendiri KBAT pelajar (r = 0.701, P < 0.01). Implikasi daripada kajian ini dapat memberi panduan kepada guru untuk meningkatkan kemahiran pedagogi khususnya dari sudut teknik dan amalan penyoalan secara lisan sebagai suatu usaha ke arah pengajaran dan pembelajaran berkualiti.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 142 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124258+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.22 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.