Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460124
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorshidah Mohd Salleh, Dr.
dc.contributor.authorNur Adibah Kamarus Zaman (P83571)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:39:21Z-
dc.date.available2023-09-13T09:39:21Z-
dc.date.issued2021-08-22
dc.identifier.otherukmvital:124255
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460124-
dc.descriptionKolaborasi multi-profesional merupakan kerjasama kumpulan pelbagai disiplin yang bergabung tenaga menyediakan perkhidmatan sokongan dalam komuniti. Amalan kolaborasi ini sangat penting bagi perkembangan dan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Kolaborasi multi-profesional dalam pelbagai aktiviti untuk kanak kanak berkeperluan khas dapat menjayakan usaha Kerajaan Malaysia dalam rangka inisiatif baharu ke arah kesaksamaan hak dan peluang kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Ini dapat meningkatkan penyertaan penuh OKU dalam masyarakat selaras dengan Dasar OKU Negara. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengetahui penglibatan multi-profesional dalam kolaborasi penganjuran aktiviti seni visual untuk kanak-kanak yang mengalami spektrum kecelaruan autisme. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti peranan multi-profesional, faktor yang mempengaruhi penglibatan mereka, strategi dalam pelaksanaan kolaborasi dan faedah kolaborasi yang diperoleh profesional yang terlibat. Seramai lima orang profesional dalam pelbagai bidang dipilih sebagai peserta kajian. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes iaitu penganjuran aktiviti seni visual yang telah dijalankan untuk kanak-kanak yang mengalami spektrum kecelaruan autisme di Balai Seni Visual Negara yang bertempat di Kuala Lumpur. Data kajian diperoleh melalui temu bual dan pemerhatian ketika program berlangsung serta analisis dokumen. Data temu bual dianalisis menggunakan perisian Nvivo 12 dan teknik pengumpulan maklumat secara bertema bagi membina konsep kajian. Dapatan kajian menunjukkan penglibatan multi-profesional dalam kolaborasi berperanan menawarkan ilmu pengetahuan dan kepakaran mereka kepada komuniti. Penglibatan mereka juga adalah untuk memenuhi tanggungjawab sosial. Antara faktor yang mempengaruhi keputusan mereka untuk terlibat dalam berkolaborasi aktiviti seni visual yang dianjurkan adalah matlamat projek yang dijalankan dan kelapangan masa. Strategi yang dilaksanakan dalam kolaborasi oleh professional yang terlibat ialah perancangan yang teliti, komunikasi yang efektif, dan kemahiran kreativiti. Manakala faedah yang diperoleh profesional tersebut daripada kolaborasi aktiviti seni visual yang dijalankan adalah perkongsian pintar dan pembelajaran sosial. Implikasi kajian ini telah memberi nilai tambah terhadap amalan kolaborasi dalam bidang pendidikan khas melalui peningkatan tanggungjawab sosial dalam kalangan profesional dan khidmat sokongan dalam komuniti bagi mencapai kesejahteraan hidup yang lebih berkualiti kepada kanak kanak yang mengalami spektrum kecelaruan autisme menerusi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectAutisme
dc.subjectKanak-kanak berkeperluan khas
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenglibatan multi-profesional dalam kolaborasi menerusi penganjuran aktiviti seni visual untuk kanak-kanak yang mengalami spektrum kecelaruan autisme
dc.typetheses
dc.format.pages175
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124255+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.