Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460120
Title: Penerapan komunikasi nonverbal dalam kefahaman lughatul fasli pelajar sekolah rendah
Authors: Norhisham Abdullah (P96872)
Supervisor: Harun Baharudin, Dr.
Keywords: Komunikasi nonverbal
Lughatul fasli
Komunikasi
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Jul-2021
Description: Komunikasi manusia terbahagi kepada dua jenis pertama komunikasi verbal (KV) dan kedua komunikasi nonverbal (KNV). Apabila manusia berkomunikasi, mesej yang disampaikan oleh penutur akan ditafsirkan oleh penerima mesej berdasarkan dua jenis komunikasi ini. Situasi yang sama berlaku apabila guru menggunakan LF semasa PdPc bahasa Arab. Namun peranan KNV dalam sebuah komunikasi sering diabaikan dan dilupakan kepentingannya. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengamalan KNV guru bahasa Arab dalam “lughatul fasli” (LF), saluran KNV yang paling utama digunakan oleh guru dalam LF, tahap kefahaman pelajar terhadap LF dan hubungan yang terdapat antara tahap amalan KNV guru dalam LF dengan tahap kefahaman pelajar terhadap LF. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, memilih tinjauan sebagai rekabentuk kajian dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Soal selidik dibina dan diadaptasi berdasarkan kajian lepas yang berkaitan. Peserta kajian terdiri daripada kalangan pelajar sekolah rendah dalam daerah Rembau, Negeri Sembilan. Kesemua peserta kajian adalah pelajar yang memilih bahasa Arab sebagai bahasa asing untuk dipelajari dalam PdPc bahasa. Sampel kajian terdiri daripada 416 orang pelajar yang dipilih melalui teknik pensampelan strata dan rawak mudah. Data yang terkumpul dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif dengan melihat kepada nilai min dan sisihan piawai untuk menjawab persoalan 1,2 dan 3. Manakala kaedah analisis inferensi menggunakan ujian kolerasi Pearson untuk menguji hubungan yang terdapat antara dua pembolehubah utama iaitu KNV guru dan kefahaman pelajar. Dapatan kajian mendapati tahap amalan KNV guru bahasa Arab dalam LF adalah tinggi. Dapatan juga mendapati terdapat enam saluran utama digunakan oleh guru dalam LF iaitu 1) penampilan fizikal, 2) ekspresi wajah, 3) kinesik, 4) kronemik, 5) paralinguistik, dan 6) okulesik. Hasil analisis deskritif juga mendapati tahap kefaham pelajar terhadap LF berada pada tahap sederhana tinggi. Manakala analisis inferensi mendapati terdapat hubungan yang signifikan, positif dan kuat antara tahap amalan KNV guru dalam LF dengan kefahaman pelajar terhadap LF. Kesimpulannya, hubungan yang signifikan antara amalan KNV guru dengan kefahaman pelajar, menunjukkan KNV memainkan peranan penting dalam memudahkan dan membantu kefahaman pelajar terhadap ungkapan LF yang dituturkan oleh guru. Oleh yang demikian, selain memberi perhatian kepada komunikasi verbal (KV), pelaksanaan amalan LF sebagai sebuah komunikasi ringkas dalam bahasa Arab, guru juga perlu menititik beratkan komunikasi nonverbal (KNV). Kehadiran KNV yang betul dan sesuai akan menjadikan komunikasi lebih efektif, berkesan dan menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa Arab di sekolah. Justeru, melalui kajian ini diharapkan pihak-pihak yang berkaitan seperti BPK, IPG, JPN dan para guru bahasa Arab dapat memainkan peranan masing-masing untuk memberi penekanan tentang kepentingan KNV guru dalam LF. Komunikasi tanpa KNV akan menjadi hambar dan kurang difahami oleh pelajar.,Sarjana Pendidikan
Pages: 112
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123593+SOURCE1+SOURCE1.2.PDF
  Restricted Access
1.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.