Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460118
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Bity Salwana Alias, Dr. | |
dc.contributor.author | Mohd Radzi Ishak (P97220) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:39:12Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:39:12Z | - |
dc.date.issued | 2021-08-06 | |
dc.identifier.other | ukmvital:123512 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460118 | - |
dc.description | Jurang dalam kajian terdahulu mewujudkan persoalan tentang pengaruh amalan kepimpinan perpaduan pengetua terhadap tahap perpaduan guru dan murid. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan perpaduan pengetua berdasarkan penilaian guru dan murid, tahap perpaduan guru dan tahap perpaduan murid sekolah menengah yang dipilih berdasarkan lima zon di Malaysia. Kajian ini turut mengkaji perbezaan dalam tahap perpaduan guru dan murid berdasarkan faktor demografi serta hubungan dan pengaruh penilaian guru dan murid terhadap amalan kepimpinan perpaduan pengetua dengan tahap perpaduan masing-masing. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan pendekatan kuantitatif melibatkan 587 guru daripada populasi guru sekolah menengah yang berjumlah 179,352 orang dan 887 murid daripada populasi murid sekolah menengah yang berjumlah 1,994,679 orang. Instrumen kajian adalah soal selidik yang dilengkapkan semasa pengumpulan data. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan program Statistical Program for Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Berdasarkan skala sangat rendah hingga sangat tinggi, amalan kepimpinan perpaduan pengetua adalah tinggi dengan min 3.85 berdasarkan penilaian guru dan 3.73 berdasarkan penilaian murid. Tahap perpaduan guru dan murid juga tinggi dengan min masing-masing 4.37 dan 3.95. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap perpaduan guru berdasarkan zon dan kaum tetapi tidak berbeza secara signifikan berdasarkan lokasi. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap perpaduan murid berdasarkan zon, lokasi dan kaum. Hasil analisis korelasi Pearson pula menunjukkan wujudnya hubungan positif yang signifikan tetapi pada tahap yang lemah antara penilaian guru terhadap amalan kepimpinan perpaduan pengetua dengan tahap perpaduan guru (r = 0.20). Analisis juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada tahap sederhana antara penilaian murid terhadap amalan kepimpinan perpaduan pengetua dengan tahap perpaduan murid (r = 0.55). Kajian turut menunjukkan 30.3 peratus daripada varian dalam tahap perpaduan murid adalah dipengaruhi oleh penilaian murid terhadap amalan kepimpinan perpaduan pengetua. Implikasi kajian ialah memberi nilai tambah kepada pengetua untuk amalan kepimpinan perpaduan di sekolah, menyokong teori dan model perpaduan, memberi input untuk pelaksanaan dasar, kursus serta interaksi sosial dalam kalangan warga sekolah. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan terdapat hubung kait antara amalan kepimpinan perpaduan pengetua berdasarkan penilaian guru dan murid dengan tahap perpaduan guru dan tahap perpaduan murid.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kepimpinan | |
dc.subject | Perpaduan | |
dc.subject | Kepimpinan perpaduan | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Amalan kepimpinan perpaduan pengetua, tahap perpaduan guru dan tahap perpaduan murid sekolah menengah | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 295 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123512+SOURCE1+SOURCE1.2.PDF Restricted Access | 3.75 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.