Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460117
Title: Kepimpinan instruksional pentadbir dan hubungannya dengan amalan coaching instruksional pentadbir kepada guru
Authors: Aslinda Mohd Aris (P83573)
Supervisor: Mohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kepimpinan instruksional
Pengajaran dan pembelajaran
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Aug-2021
Description: Kepimpinan instruksional adalah usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk memenuhi standard kurikulum, menginovasi dan membantu guru dalam proses PdP untuk mencapai matlamat sekolah. Manakala amalan coaching instruksional pula adalah sebagai bentuk hubungan profesional antara pentadbir dan guru bertujuan memupuk pembelajaran dan perkembangan profesional, di mana hubungan tersebut dapat menggalakkan perkembangan profesional. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional pentadbir sekolah, tahap amalan coaching instruksional pentadbir terhadap guru, perbezaan kepimpinan instruksional pentadbir berdasarkan tempoh berkhidmat guru, perbezaan amalan coaching instruksional pentadbir terhadap guru berdasarkan bidang pengkhususan guru dan menentukan hubungan antara kepimpinan instruksional pentadbir dengan amalan coaching instruksional pentadbir terhadap guru. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan di mana alat kajiannya adalah soal selidik. Responden kajian adalah sebanyak 341 orang guru dari lapan belas buah sekolah menengah di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Data kajian dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan nilai min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus. Manakala statistik inferensi melibatkan pengujian hipotesis yang menggunakan Kruskal Wallis dan kolerasi Pearson melalui perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 25. Hasil kajian mendapati keseluruhan nilai min adalah berada pada tahap tinggi iaitu bagi kepimpinan instruksional pentadbir (min=4.15) dan amalan instruksional coaching pentadbir terhadap guru (min=3.97) iaitu berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kepimpinan instruksional pentadbir dan tempoh berkhidmat guru. Malah amalan instruksional coaching pentadbir terhadap guru juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap amalan instruksional coaching pentadbir terhadap guru dan bidang pengkhususan guru. Manakala pekali kolerasi Pearson yang mengukur hubungan di antara dua pemboleh ubah bersandar menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada tahap sederhana dengan nilai r=0.664, p=0.01. Berdasarkan hasil kajian tersebut, terdapat beberapa implikasi utama dalam kepimpinan instruksional pentadbir dan amalan instruksional coaching pentadbir terhadap guru. Implikasi kajian adalah dari aspek amalan coaching instruksional pentadbir terhadap guru, di mana perlu diberi penekanan dan perhatian khusus dalam meneliti perkara-perkara penting seperti kualiti dan proses coaching instruksional serta hubungan pembimbing (coach) dan guru dibimbing (coachee) guru. Kesimpulannya kepimpinan instruksional pentadbir mempengaruhi amalan coaching instruksional pentadbir terhadap guru terutamanya dalam konstruk pemantauan.,Sarjana Pendidikan
Pages: 73
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123510+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.