Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460111
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, Ts. Dr. | |
dc.contributor.author | Nursohana Othman (P96129) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:39:01Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:39:01Z | - |
dc.date.issued | 2021-08-01 | |
dc.identifier.other | ukmvital:123131 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460111 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk mengesahkan instrumen masalah kemahiran motor (ISKeM) dan kesediaan belajar (iREADY) bagi murid masalah pembelajaran tahap satu sekolah rendah melalui pemeriksaan ciri psikometrik item pengukuran menggunakan Model Rasch. Kajian turut mengkaji hubungan dan pengaruh antara masalah kemahiran motor dengan kesediaan belajar murid masalah pembelajaran tahap satu sekolah rendah. Reka bentuk tinjauan dan pendekatan kuantitatif menggunakan soal selidik telah digunakan. Analisis kesahan kandungan melalui teknik nisbah kesahan kandungan CVR, mendapati item masalah kemahiran motor (ISKeM) memenuhi kriteria penetapan dan sebanyak 7 item kesediaan belajar (iREADY) telah digugurkan. Kesepakatan oleh 15 panel pakar menunjukkan bahawa 19 item ISKeM dan 93 item iREADY yang telah diadaptasi wajar dikekalkan. Seterusnya, kajian rintis mendapati 1 daripada ISKeM dan 27 daripada 93 iREADY telah digugurkan. Pengujian item – item dianalisis menggunakan perisian WINSTEPS 3.71.0. berdasarkan aspek kesepadanan item, unidimensional, polariti item serta indeks kebolehpercayaan dan pengasingan. Keseluruhannya, sejumlah 18 item ISKeM dan 66 iREADY telah memenuhi kesemua andaian Model Rasch dan mempunyai ciri – ciri psikometrik yang baik telah terbukti secara empirikel untuk kegunaan kajian sebenar. Bagi kajian sebenar, seramai 554 orang murid masalah pembelajaran tahap satu daripada lima buah daerah dan 15 buah sekolah di Selangor telah dipilih melalui pensampelan berkelompok berperingkat. Dapatan menunjukkan skor masalah kemahiran motor menunjukkan terdapat hubungan negatif yang sederhana dan signifikan dengan skor kesediaan belajar. Ujian regresi berganda juga menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan masalah kemahiran motor daripada segi fungsi motor dan kawalan motor halus terhadap kesediaan belajar murid masalah pembelajaran tahap satu. Analisis ini menunjukkan bahawa semakin bertambah masalah kemahiran motor, maka semakin rendah kesediaan belajar murid masalah pembelajaran tahap satu. Justeru, kajian ini menyumbang kepada pembuktian secara empirikal ciri – ciri psikometrik item pengukuran ISKeM dan iREADY yang boleh digunakan sekolah pendidikan khas untuk mengenal pasti murid yang lemah daripada aspek kemahiran motor dan kesediaan belajar. Implikasi kajian ini membuka ruang kepada guru pendidikan khas untuk merancang pembelajaran dan pengajaran berdasarkan peningkatan perbezaan perkembangan yang merujuk kepada Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) dalam konteks murid masalah pembelajaran. Kajian masa hadapan boleh dilaksanakan melalui pengimplementasian item – item pengukuran ISKeM dan iREADY untuk kegunaan institusi merentasi bidang yang lain.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kemahiran motor (ISKeM) | |
dc.subject | Kesediaan belajar (iREADY) | |
dc.subject | Model Rasch | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pemeriksaan ciri psikometrik item masalah kemahiran motor (ISKeM) dan kesediaan belajar (iREADY) untuk murid masalah pembelajaran tahap satu sekolah rendah berdasarkan model pengukuran Rasch | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 316 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123131+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.36 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.