Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460108
Title: Hubungan sikap, pemikiran dan tingkahlaku keusahawan pengurus koperasi kredit dengan prestasi koperasi kredit
Authors: Shamsul Shaharil Ishak (P36854)
Supervisor: Aisyah Buang, Prof. Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Cooperation -- Malaysia
Cooperation -- Management
Issue Date: 29-Aug-2016
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan sikap, pemikiran dan tingkah laku keusahawanan pengurus koperasi kredit dengan prestasi perniagaan koperasi kredit. Sampel kajian ini melibatkan 186 pengurus koperasi kredit di zon tengah dan selatan iaitu negeri Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama dan temu bual untuk mendapat maklumat tambahan. Data dianalisis dengan menggunakan Statistik Deskriptif dan Inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap sikap, pemikiran dan tingkah laku keusahawanan pengurus koperasi kredit adalah sederhana tinggi. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pemikiran keusahawanan dan tingkah laku keusahawanan berdasarkan strategi koperasi untuk mendapatkan peminjam daripada ahli koperasi. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap keusahawanan berdasarkan strategi koperasi untuk mendapatkan peminjam dalam kalangan ahli koperasi. Selain itu, dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan pemikiran keusahawanan dengan prestasi koperasi bagi dimensi purata anggaran pulangan pembiayaan. Namun, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku keusahawanan dengan prestasi koperasi kredit. Secara keseluruhannya, implikasi dapatan kajian adalah pengurus koperasi kredit perlu memiliki ciri-ciri seseorang usahawan untuk merancang dan memimpin koperasi dalam meningkatkan prestasi koperasi ke tahap yang lebih kompetitif dan berdaya saing.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Pendidikan
Pages: 149
Call Number: HD2963.S533 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121863+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.