Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460107
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Aishah Buang, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Zaiton Idris (P66556) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:38:55Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:38:55Z | - |
dc.date.issued | 2017-05-31 | |
dc.identifier.other | ukmvital:121736 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460107 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap amalan pengajaran berkesan guru dari dimensi kejelasan pengajaran, kepelbagaian pengajaran, guru berorientasikan tugasan mengajar, penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran dan kadar kejayaan pelajar dalam mata pelajaran Perdagangan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi belajar pelajar dalam mata pelajaran Perdagangan. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti hubungan di antara amalan pengajaran berkesan dan motivasi belajar dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Perdagangan. Seramai 327 orang pelajar tingkatan lima yang mengambil mata pelajaran Perdagangan di daerah Seberang Perai Selatan dan Tengah telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen utama dalam kajian ini. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS 19.0. Analisis deskriptif digunakan bagi melihat profil responden, tahap amalan pengajaran berkesan guru Perdagangan dari persepsi pelajar dan tahap motivasi belajar responden. Analisis deskriptif ini melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis korelasi Pearson dan regresi pelbagai dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara amalan pengajaran berkesan guru dan motivasi belajar pelajar dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Perdagangan. Secara keseluruhannya, tahap amalan pengajaran berkesan guru Perdagangan adalah sederhana dengan min 3.48 dan sisihan piawai 0.47. Begitu juga dengan tahap motivasi belajar pelajar berada pada tahap sederhana dengan min 3.40 dan sisihan piawai 0.68. Kedua-dua hasil ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang sangat lemah antara amalan pengajaran berkesan dengan pencapaian pelajar r = 0.305 dan sig = 0.000 (p<0.01) dan lemah antara motivasi belajar dengan pencapaian pelajar r = 0.310 dan sig = 0.000 (p<0.01). Hasil ujian regresi pelbagai menunjukkan amalan pengajaran berkesan memberi sumbangan sebanyak 1.9 peratus manakala motivasi belajar pelajar pula memberi sumbangan sebanyak 9.6 peratus. Hasil kajian ini memberi input bermanfaat mengenai tahap amalan pengajaran berkesan guru Perdagangan dan sumbangan motivasi belajar terhadap pencapaian mata pelajaran Perdagangan di samping membantu pihak-pihak terlibat merancang pelaksanaan kurikulum Perdagangan,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations. | |
dc.subject | Effective teaching -- Malaysia. | |
dc.subject | Learning -- Malaysia | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Amalan pengajaran berkesan, motivasi belajar dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran perdagangan | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 125 | |
dc.identifier.callno | LB1060.Z335 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003191 (2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121736+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.52 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.