Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460080
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Aderi Che Noh, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMohd Amir Ismail (P69630)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:38:17Z-
dc.date.available2023-09-13T09:38:17Z-
dc.date.issued2017-03-10
dc.identifier.otherukmvital:121056
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460080-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara sikap. minat dan pengajaran guru pelajar Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) dengan pencapaian mereka dalam bidang tarannum. Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar KKQ tingkatan 3 di sekolah menengah kebangsaan (aliran KAA). Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang melibatkan 12 buah sekolah pada tiga daerah berbeza di negeri Kedah iaitu daerah Kota Setar, Pendang dan Kuala Muda Yan. Berdasarkan jumlah populasi yang terlibat dalam kajian ini, pengkaji telah memilih seramai 290 orang pelajar KKQ sebagai responden kajian. Satu set soal selidik yang mengandungi 42 item telah digunakan untuk mengumpul data. Soal selidik tersebut dibina berdasarkan 5 skala Likert. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Science Sciences atau lebih dikenali sebagai program SPSS versi 22.0.Analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data yang telah dikumpul. Ujian korelasi spearman digunakan untuk menguji hipotesis kajian pada aras kepastian 0.05. Hasil dapatan kajian mendapati 81.3% pelajar KKQ mencapai tahap sederhana dalam bidang tarannum. Pelajar juga didapati mempunyai sikap yang sangat positif (min keseluruhan = 3.77) dan mempunyai tahap minat yang tinggi (min keseluruhan = 3.77) terhadap bidang tarannum. Walaubagaimanapun, hasil kajian ini menunjukkan sikap dan minat mempunyai hubungan yang lemah dengan pencapaian pelajar KKQ dalam bidang tarannum. Manakala persepsi pelajar KKQ terhadap pengajaran guru dalam bidang tarannum berada pada tahap tinggi (min keseluruhan = 4.17). Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan antara persepsi pelajar KKQ terhadap pengajaran guru dengan pencapaian mereka dalam bidang tarannum. Berdasarkan dapatan kajian ini guru perlu mempertingkatkan kepekaan terhadap keperluan pelajar dalam proses mempelajari ilmu kemahiran tarannum seperti mempelbagaikan bahan bantu mengajar bagi menarik minat serta meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang tersebut.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana (Pendidikan)
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectStudy skills
dc.titleHubungan antara sikap, minat dan pengajaran guru dengan pencapaian tarannum dalam kalangan pelajar Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) di Kedah
dc.typetheses
dc.format.pages120
dc.identifier.callnoLB1049.M833 2017 tesis
dc.identifier.barcode002959 (2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121056+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.54 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.