Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460079
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Aishah Buang, Prof. Dr.
dc.contributor.authorSalina Noh (P73694)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:38:16Z-
dc.date.available2023-09-13T09:38:16Z-
dc.date.issued2017-02-24
dc.identifier.otherukmvital:121046
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460079-
dc.descriptionPendidikan tentang ekonomi menjadi satu kepentingan kepada setiap individu bagi menghadapi era globalisasi ini. Di setiap negara, pendidikan ekonomi adalah satu bahagian penting dalam sistem pendidikan bagi membolehkan pelajar memahami peranan mereka dalam sistem ekonomi samada sebagai pengguna, warganegara dan majikan pada masa hadapan. Oleh itu, rakyat perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang ekonomi supaya dapat mengambil bahagian secara aktif dalam memahami ekonomi global. Literasi ekonomi adalah pemahaman dan pengetahuan tentang teori-teori ekonomi yang asas, konsep-konsep asas ekonomi dan aplikasi berkenaannya dalam kehidupan seharian.Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap literasi ekonomi dan hubungannya dengan sikap terhadap ekonomi dalam kalangan pelajar tingkatan enam di sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik dalam mendapatkan respon daripada 226 pelajar tingkatan enam atas di sembilan buah sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Data-data dianalisis menggunakan program IBM SPSS Statistical versi 22.00. Analisis deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Manakala analisis inferensi menggunakan ujian t tidak bersandar dan ujian korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan tahap literasi ekonomi berada pada tahap yang sangat lemah. Manakala sikap terhadap ekonomi dalam kalangan pelajar tingkatan enam berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang siginifikan tahap literasi ekonomi dan sikap terhadap ekonomi dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan tingkatan enam. Seterusnya, dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap literasi ekonomi dan sikap terhadap ekonomi dalam kalangan pelajar aliran kemanusiaan dan aliran sains. Dapatan kajian juga menunjukkan sikap terhadap ekonomi mempunyai hubungan dengan tahap literasi ekonomi. Berdasarkan kepada hasil kajian yang di peroleh, para pelajar tingkatan enam khususnya, ibu bapa, pihak pentadbiran sekolah serta pentadbir pendidikan supaya bersama-sama mencari pendekatan dan penyelesaian yang memberi manfaat yang berterusan kepada semua pihak.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectEconomics literature
dc.titleLiterasi ekonomi dan sikap terhadap ekonomi dalam kalangan pelajar tingkatan enam
dc.typetheses
dc.format.pages103
dc.identifier.callnoHB199.S235 2017 tesis
dc.identifier.barcode003069 (2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121046+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.