Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460075
Title: Tahap penerimaan aplikasi teknologi pembelajaran teradun (blended learning) dalam kalangan pelajar pasca siswazah separuh masa fakulti pendidikan UKM
Authors: Aznita Saari (P66304)
Supervisor: Norazah@Norizah Mohd Nordin, Prof. Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Blended learning
Computer-assisted instruction
Issue Date: 1-Sep-2016
Description: Blended Learning atau Pembelajaran Teradun adalah kaedah pembelajaran yang menggabungkan kedua-dua persekitaran pembelajaran secara bersemuka dan pembelajaran atas talian. Persekitaran pembelajaran secara blended learning dapat membantu menangani pelbagai masalah pembelajaran kebanyakan golongan pelajar terutamanya pelajar dewasa yang mengambil mod pembelajaran secara separuh masa. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap penerimaan blended learning dalam kalangan pelajar pasca siswazah separuh masa Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia . Kekangan dari segi masa bagi mengikuti pembelajaran merupakan perkara yang menjadi halangan utama kepada pelajar-pelajar pasca siswazah yang mengikuti pengajian secara separuh masa. Model UTAUT (Unified Theory of Acceptance and Use of Technology) digunakan dalam kajian ini untuk memahami tingkah laku niat pelajar dalam menerima dan menggunakan teknologi web 2.0 bagi kaedah blended learning. Kajian ini menggunakan kajian tinjauan yang dijalankan ke atas 238 sampel yang dipilih secara rawak daripada pelajar-pelajar pasca siswazah separuh masa. Instrumen kajian ini adalah soal selidik yang menggunakan skala likert 1 hingga 5. Dua jenis analisis data digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inrefensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min bagi tahap penerimaan blended learning melalui lima aspek adalah seperti berikut; dengan aspek jangkaan prestasi iaitu 3.85, dengan aspek jangkaan usaha iaitu 3.68, dengan aspek pengaruh sosial iaitu 3.74, dengan aspek kemudahan iaitu 3.47 dan dengan aspek tingkahlaku niat iaitu 3.69. Kesemua nilai skor min adalah tinggi. Ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar dapat menerima dan menggunakan teknologi web 2.0 dengan baik bagi kaedah blended learning. Kajian menyimpulkan bahawa aspek jangkaan prestasi merupakan faktor utama terhadap penerimaan teknologi. Kajian ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar menjangkakan prestasi pembelajaran yang memberangsangkan dengan penggunaan teknologi. Manakala faktor demografi tidak mempengaruhi niat pelajar dalam penggunaan teknologi. Kaedah blended learning telah banyak memberikan implikasi positif terutamanya kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, pelajar, pensyarah dan institusi pengajian tinggi khususnya dalam merencanakan satu dimensi baru pengajaran dan pembelajaran alaf baru yang lebih dinamik serta terarah kepada penggunaan teknologi. Cadangan kajian masa depan ialah penerimaan teknologi oleh para pensyarah terhadap persekitaran blended learning. Golongan ini merupakan nadi penggerak dalam mewujudkan suasana persekitaran berasaskan teknologi agar diterima baik oleh semua golongan pelajar.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Pendidikan
Pages: 130
Call Number: LB1028.5.A999 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120942+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.