Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460072
Title: | Sumbangan penguasaan asas fizik dan matematik terhadap keupayaan pengaplikasian fizik dalam topik mekanik tingkatan enam |
Authors: | Haryati Kamarrudin (P73821) |
Supervisor: | Lilia Halim, Prof. Dr. |
Keywords: | Dissertations, Academic -- Malaysia Educational technology -- Malaysia Physics -- Study and teaching |
Issue Date: | 28-Sep-2016 |
Description: | Punca utama pelajar tingkatan enam mendapat markah yang rendah dalam mata pelajaran Fizik STPM disebabkan oleh kegagalan pelajar mengaplikasikan konsep Fizik dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan asas Fizik dan Matematik pelajar tingkatan enam bawah dan seterusnya mengkaji sumbangan pengetahuan asas Fizik dan Matematik terhadap keupayaan aplikasi konsep Fizik dalam menyelesaikan masalah yang berasaskan kehidupan seharian. Reka bentuk kajian adalah tinjauan menggunakan ujian objektif dan ujian bertulis ke atas 72 orang pelajar. Analisis deskriptif digunakan untuk menentukan tahap penguasaan asas Fizik, penguasaan asas Matematik dan keupayaan aplikasi konsep Fizik. Analisis inferensi korelasi pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara penguasaan asas Fizik, penguasaan asas Matematik dan keupayaan aplikasi konsep Fizik pelajar tingkatan enam bawah. Seterusnya analisis regresi berganda digunakan untuk mengenal pasti sumbangan penguasaan asas Fizik dan penguasaan asas Matematik terhadap aplikasi konsep Fizik pelajar tingkatan enam bawah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan asas Fizik (min = 50.23, sd = 18.42), asas Matematik (min = 56.57, sd = 17.41) dan tahap keupayaan aplikasi konsep Fizik (min = 50.05, sd = 16.13) berada pada tahap yang sederhana. Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan asas Fizik dengan Matematik (r = 0.508 dan sig = 0.000), penguasaan asas Fizik dengan keupayaan aplikasi konsep Fizik (r = 0.716 dan sig = 0.000) dan penguasaan asas Matematik dengan keupayaan aplikasi konsep Fizik (r = 0.694 dan sig = 0.000). Seterusnya hasil kajian menunjukkan penguasaan asas Fizik menyumbang lebih banyak terhadap keupayaan aplikasi konsep Fizik berbanding dengan penguasaan asas Matematik sebanyak 51.3 peratus (Beta = 0.490, t = 6.005, Sig = 0.000 dan R2 = 0.513). Analisis temu bual mendapati bahawa halangan yang menyebabkan pelajar tidak boleh mengaplikasi konsep Fizik dalam menyelesaikan masalah yang berasaskan kehidupan seharian ialah kegagalan pelajar menguasai asas konsep Fizik, asas Matematik serta latihan yang jarang disemak dan dibincangkan bersama pelajar. Implikasi kajian ini ialah guru perlu membuat penyemakan dan perbincangan soalan dengan lebih efektif dan mendalam serta menghubungkaitkan asas Matematik dan asas Fizik dalam pengajaran Fizik.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana (Pendidikan) |
Pages: | 194 |
Call Number: | LB1028.3.H368 2016 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120939+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.19 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.