Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460064
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Anuar Ahmad | - |
dc.contributor.author | Osman Muamat (P63763) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:37:56Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:37:56Z | - |
dc.date.issued | 2016-03-23 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120884 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460064 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk menentukan persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran guru opsyen dan bukan opsyen sejarah serta pengaruhnya dengan sikap pelajar terhadap mata pelajaran sejarah. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran guru opsyen dan bukan opsyen dalam mata pelajaran sejarah dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran sejarah berdasarkan jantina dan aliran. Selain itu, kajian juga dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran guru sejarah dengan sikap pelajar terhadap mata pelajaran sejarah. Kajian dijalankan dengan melibatkan sampel seramai 438 orang pelajar tingkatan 4 dalam daerah Penampang, Sabah. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang menggunakan skala likert 1 hingga 5 poin serta mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai Alpha Cronbach 0.904. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS 22.0. Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk menentukan profil demografi kajian. Dapatan kajian analisis deskriptif menunjukkan secara keseluruhannya persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran guru mata pelajaran sejarah berada pada sangat positif. Persepsi yang sangat positif ialah daripada segi kebolehan guru sejarah. Manakala persepsi yang paling rendah ialah daripada segi penggunaan alat bantu mengajar. Guru opsyen mata pelajaran sejarah mempunyai amalan pengajaran yang sangat positif berbanding dengan guru bukan opsyen mata pelajaran sejarah. Guru opsyen dan bukan opsyen mata pelajaran sejarah mempunyai kebolehan guru sejarah yang sangat positif dan yang paling sederhana ialah penggunaan alat bantu mengajar. Analisis inferensi ujian t bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran guru mata pelajaran sejarah berdasarkan jantina dan ujian t bebas tidak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran guru mata pelajaran sejarah berdasarkan aliran. Seterusnya tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap pelajar akan kepentingan mata pelajaran sejarah berdasarkan jantina dan aliran. Selanjutnya analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran guru dengan sikap pelajar akan kepentingan mata pelajaran sejarah. Dapatan kajian ini memberikan implikasi kepada pihak kementerian pendidikan untuk mengadakan program intervensi guru dalam usaha meningkatkan amalan guru terhadap aspek pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | History -- Study and teaching | - |
dc.subject | Education -- Curricula | - |
dc.subject | Student -- Perception | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran guru opsyen dan bukan opsyen sejarah serta hubungannya dengan sikap pelajar | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 119 | - |
dc.identifier.callno | LB1582.M4O846 2016 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003119 (2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120884+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.39 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.