Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460062
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Mahzan Awang, Dr. | - |
dc.contributor.author | Nor Laila Mamat (P66423) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:37:54Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:37:54Z | - |
dc.date.issued | 2016-07-20 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120882 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460062 | - |
dc.description | Kajian ini melihat tahap amalan kreativiti guru dan penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sejarah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan persepsi guru dan murid terhadap amalan kreativiti dan penerapan KPS berdasarkan status ekonomi sosial. Selain itu kajian ini juga untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kreativiti guru dengan amalan penerapan KPS dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. Model Proses Kreatif Terarah dan elemen KPS telah digunakan dalam kerangka kajian ini. Seramai 132 orang guru Sejarah dan 368 orang murid Tingkatan 4 di daerah Rompin dan Kuantan terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 22.0. Analisis deskriptif melibatkan kekerapan peratusan, min dan sisihan piawai dijalankan untuk menentukan demografi responden, tahap amalan kreativiti guru dan amalan penerapan KPS mengikut perspektif guru dan murid. Analisis inferensi pula melibatkan penggunaan MANOVA dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan amalan kreativiti guru dan amalan penerapan KPS dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut perspektif guru dan murid berdasarkan status ekonomi sosial. Korelasi Pearson pula dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kreativiti dan amalan penerapan KPS dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Kajian rintis menunjukkan item soal selidik yang diguna pakai berada pada tahap alpha Cronbach yang tinggi iaitu 0.936 dan 0.931 bagi soal selidik murid manakala 0.964 dan 0.961 bagi soal selidik guru boleh diguna pakai untuk kajian sebenar. Dapatan kajian secara keseluruhannya, tahap amalan kreativiti guru Sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran dari perspektif guru dan murid berada pada tahap sederhana iaitu perspektif guru (min = 3.62, sp = 0.53) dan perspektif murid (min = 3.35, sp = 0.69). Manakala tahap amalan penerapan KPS dari perspektif guru berada tahap tinggi (min = 3.70, sp = 0.59). Bagi murid pula amalan penerapan KPS berada pada tahap sederhana (min = 3.53, sp = 0.74). Manakala analisis korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan kreativiti guru dengan amalan penerapan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah berdasarkan perspektif guru dan juga pelajar. Implikasinya hasil kajian ini dapat memberi input bermanfaat mengenai tahap amalan kreativiti guru dalam penerapan KPS di Pahang. Hasil kajian dapat membantu pihak yang terlibat dalam perkembangan profesionalisme guru bagi merancang pelbagai strategi untuk meningkatkan tahap amalan kreativiti guru untuk penerapan KPS yang merupakan disiplin dalam mata pelajaran Sejarah.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | History-Study and teaching | - |
dc.subject | Thought and thinking-Study and teaching | - |
dc.title | Amalan kreativiti guru sejarah dalam penerapan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 145 | - |
dc.identifier.callno | LB1051.N646 2016 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003117 (2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120882+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.38 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.