Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460059
Title: Hubungan di antara kekuatan mental dan motivasi dalam kalangan pemain golf amatur
Authors: Siti Hannariah Mansor (P71645)
Supervisor: Norlena Salamuddin, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Sports -- Psychological aspects
Golfers
Issue Date: 13-Apr-2016
Description: Psikologi sukan merupakan bidang yang melibatkan pemerhatian tingkah laku dan bagaimana ia memberi kesan kepada prestasi sukan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kekuatan mental dan motivasi terhadap prestasi pemain golf amatur di Malaysia dan hubungannya dengan prestasi pencapaian mereka. Sampel terdiri daripada 80 orang pemain golf amatur yang menyertai kejohanan Amatur Tertutup Malaysia ke 48. Persampelan purposif digunakan bagi tujuan kajian ini. Mental Toughness Questionnaire 48 (MTQ 48) diguna pakai bagi mengukur aspek kekuatan mental yang terdiri daripada komitmen, kawalan dan keyakinan. Sports Motivation Scale 28 (SMS 28) diguna pakai bagi mengukur aspek motivasi yang terdiri daripada motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik dan amotivation. Hasil kajian mendapati nilai min yang tertinggi bagi kekuatan mental adalah komitmen (M = 4.19) diikuti oleh keyakinan (M = 4.17). Manakala, bagi aspek motivasi menunjukkan min yang tertinggi adalah motivasi intrinsik (M = 6.16) diikuti oleh motivasi ekstrinsik (M = 6.06). Dapatan kajian turut mendapati bahawa tidak terdapat korelasi antara kekuatan mental (r = -0.098) dan motivasi (r = -0.005) dengan prestasi pencapaian. Dapatan kajian ini memberi kesan kepada jurulatih, ahli psikologi dan atlet itu sendiri untuk memahami kepentingan aspek psikologi bagi mencapai matlamat mereka. Pengkaji mencadangkan agar kajian akan datang untuk mengkaji sampel yang lebih besar dari jenis sukan yang berbeza.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 125
Call Number: GV706.4.S568 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120845+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.34 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.