Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460057
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jamil Bin Ahmad, Dr. | - |
dc.contributor.author | Waan Wai Teng (P63607) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:37:47Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:37:47Z | - |
dc.date.issued | 2016-05-16 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120833 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460057 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk menambah baik kaedah pengajaran guru dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) melalui pengajaran berasaskan kes. Selain penambahbaikan pengajaran, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pemelajaran pelajar Tingkatan Enam dari aspek kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor. Reka bentuk kajian ini dijalankan dalam dua gelungan kajian tindakan. Kajian ini melibatkan lapan belas orang pelajar dan seorang guru. Kaedah temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian digunakan untuk pengumpulan data. Analisis tematik dengan bantuan perisian Nvivo 8 digunakan untuk penyusunan data. Nilai Coeffisien Cohen Kappa yang diperoleh daripada kajian ini ialah 0.787 menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan pengajaran berasaskan kes dapat menambah baik kaedah pengajaran guru dengan meningkatkan pemelajaran pelajar dari aspek kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor. Kemahiran kognitif ialah mentafsir kes, mengukuhkan pembelajaran yang dipelajari, mencetuskan daya pemikiran kreatif, membezakan fakta dengan pendapat, menguatkan daya ingatan, pemikiran analitikal, menilai kes, memberi idea relevan, mendapat gambaran keseluruhan kes dan berkongsi idea. Kemahiran afektif ialah mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, menimbulkan semangat ingin tahu, suasana pembelajaran yang aktif, minat terhadap pembelajaran, bertolak ansur terhadap idea rakan, kepercayaan terhadap diri sendiri, melihat isu atau permasalahan dari persepsi yang lebih luas, sikap matang, sikap bertanggungjawab, sikap kepimpinan, memahami pandangan orang lain, semangat demokratik, sikap positif dan berkeyakinan. Kemahiran psikomotor ialah membantu dalam perbincangan kumpulan, kemahiran komunikasi, berkemahiran memungut data, memacu pembelajaran kendiri, mengaplikasikan konsep teori atau pengetahuan, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan masalah. Kajian ini telah menghasilkan garis panduan teknik penyoalan dan respon guru terhadap jawapan pelajar dalam menggalakkan pemikiran. Panduan ini merupakan permulaan pelaksanaan pengajaran berasaskan kes dan memerlukan kajian lanjutan pada masa akan datang secara lebih menyeluruh dan mendalam.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Teaching -- Methodology | - |
dc.subject | Action research in education | - |
dc.title | Implementasi pengajaran berasaskan kes meningkatkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor pelajar | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 193 | - |
dc.identifier.callno | LB1027.W286 2016 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002995 (2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120833+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.52 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.