Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460052
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZanaton Hj Iksan, Dr.-
dc.contributor.authorSiti Nor Aishah Mohd. Nor (P61910)-
dc.date.accessioned2023-09-13T09:37:41Z-
dc.date.available2023-09-13T09:37:41Z-
dc.date.issued2016-02-12-
dc.identifier.otherukmvital:120771-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460052-
dc.descriptionLesson study merupakan suatu pendekatan untuk membangunkan profesionalisma guru. Pelaksanaaan lesson study telah memberikan banyak manfaat kepada guru dan murid di seluruh dunia. Oleh itu, pendekatan lesson study ini dilihat dapat membantu pelajar prasiswazah pendidikan untuk mengatasi permasalahan yang mereka hadapi semasa mengendalikan pengajaran mikro. Permasalahan berkenaan tertumpu kepada kesukaran pelajar dalam penyediaan rancangan pengajaran, pelaksanaan simulasi pengajaran dan pelaksanaan penilaian pengajaran secara berfokus. Justeru, kajian kualitatif deskriptif ini dijalankan untuk meneroka pembelajaran bakal guru menerusi pengajaran mikro yang mengintegrasikan prinsip-prinsip lesson study. Fokus utama kajian adalah untuk membina kerangka “Pengintegrasian Lesson Study dalam Pengajaran Mikro” dan meneliti penilaian berfokus yang dijalankan oleh pelajar terutamanya berkenaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK), nilai-nilai murni (NNM) dan kemahiran proses sains (KPS) semasa mengendalikan sesi pengajaran. Peserta kajian terdiri daripada 27 orang pelajar prasiswazah dalam program pendidikan sains sesi pengajian 2012/2013 yang mengambil kursus Kaedah Pengajaran Kimia di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pemilihan peserta kajian ini adalah menggunakan teknik persampelan bertujuan. Kajian ini melibatkan pengumpulan dan penganalisisan data kualitatif. Sumber data ialah pemerhatian, transkripsi temubual, transkripsi rakaman video dan audio, analisis dokumen rancangan pengajaran harian, analisis laporan bertulis peserta kajian dan penelitian visual. Kesemua data ini menjalani proses triangulasi. Dapatan utama kajian ini ialah terhasilnya kerangka “Pengintegrasian lesson study dalam pengajaran mikro” yang melibatkan enam peringkat iaitu pembentukan kumpulan dan penentuan kaedah pengajaran, penyediaan rancangan pengajaran, pengajaran I, refleksi I, pengajaran ulangan dan refleksi II. Dapatan seterusnya adalah berkaitan dengan kaedah membuat penilaian secara berfokus terutamanya penilaian elemen KBKK, NNM dan KPS dalam pengajaran. Kajian mendapati terdapat empat kaedah yang digunakan dalam membuat penilaian berfokus ini iaitu penelitian berdasarkan rancangan pengajaran, penelitian berdasarkan perbandingan pengajaran I dengan pengajaran ulangan, penelitian tidak statik / bebas dan penelitian berdasarkan pembelajaran pelajar. Beberapa implikasi dan cadangan kajian telah dikemukakan bagi membantu bakal guru meningkatkan pengetahuan dalam penyediaan rancangan pengajaran, pelaksanaan sesi pengajaran dan penilaian pengajaran mengikut kaedah yang sistematik dalam lesson study.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectLesson planning-
dc.subjectMicroteaching-
dc.titlePengintegrasian lesson study dalam pengajaran mikro-
dc.typetheses-
dc.format.pages256-
dc.identifier.callnoLB1027.4.S568 2016 tesis-
dc.identifier.barcode003011 (2016)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120771+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.