Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460051
Title: Pembangunan modul pengajaran biologi menggunakan analogi (Modul Bio-A)
Authors: Nor Mazliana Abdul Hashim (P69827)
Supervisor: Zanaton H. Iksan, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Analogy
Biology -- Study and teaching
Issue Date: 13-May-2016
Description: Kajian rekabentuk pembangunan Modul Pengajaran Biologi menggunakan Analogi (Modul Bio-A) ini dibina berdasarkan kajian literatur, penilaian pakar, guru dan pelajar dan direka berdasarkan Model ADDIE. Dalam fasa pembinaan modul, data keperluan pembinaan modul telah dikumpulkan menggunakan instrumen soal selidik yang diberikan kepada guru-guru biologi dan pelajar biologi serta melalui kajian literatur. Hasil analisis deskriptif menggunakan perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 22.0, mendapati terdapat keperluan untuk membangunkan Modul Bio-A. Modul ini telah melalui penilaian pakar dan hasil analisis kualitatif deskriptif menunjukkan Modul Bio-A boleh digunakan sebagai alat pengajaran. Kajian kebolehgunaan dilaksanakan ke atas 14 orang responden pelajar dan seorang guru biologi di sebuah sekolah menengah dalam daerah Johor Bahru. Responden menggunakan satu submodul pengajaran yang dipilih, kemudian menjawab soal selidik dan temu bual. Statistik deskriptif menggunakan SPSS versi 22.0 telah digunakan untuk menganalisis data kuantitatif daripada soal selidik pelajar. Data kualitatif dari temu bual guru dan pelajar, pemerhatian dan refleksi pelajar dianalisis secara tematik. Analisis kuantitatif deskriptif menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar yang mengikuti modul ini sangat bersetuju bahawa Modul Bio-A mengandungi kemahiran menganalogi (64.3%), perkembangan pengajaran (57.1%), kandungan yang berkaitan dengan pengetahuan sedia ada dan disusun secara teratur (57.1%), selesa dan mudah digunakan (56.1%), motivasi (57.1%), kemahiran berfikir (58.9%) dan kemahiran kerja berpasukan (57.1%). Analisis tematik menunjukkan Modul Bio-A sesuai dijadikan panduan pengajaran oleh guru, membantu pemahaman konsep biologi, menggalakkan kemahiran berfikir, menarik, menimbulkan rasa seronok dan motivasi, serta mengasah kemahiran generik pelajar.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 261
Call Number: LB1060.N667 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120763+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.