Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460044
Title: Pembangunan dan keberkesanan modul CT-S terhadap pemikiran komputasional dalam topik Gerak Lurus
Authors: Isra Khasyyatillah (P91948)
Supervisor: Kamisah Osman, Prof. Dr.
Keywords: Computer science -- Psychology aspects
Problem solving
Universiti Kebangsaan Malaysia Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Jan-2020
Description: Pemikiran komputasional merupakan kemahiran utama dalam abad ke-21. Antara alat yang dapat digunakan untuk mengembangkan kemahiran pemikiran komputasional ialah pengaturcaraan. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul CT-S (Computational Thinking dan Scratch) dalam topik Gerak Lurus dan menguji keberkesanannya terhadap pemikiran komputasional dalam kalangan pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen ujian pra-pasca kumpulan kawalan tidak setara digunakan untuk menguji keberkesanan modul terhadap pemikiran komputasional pelajar. Seramai 60 orang pelajar aliran sains yang dibahagikan kepada kumpulan rawatan (n=30) dan kawalan (n=30) terlibat dalam kajian ini. Kumpulan rawatan diajar menggunakan modul CT-S, manakala kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah konvensional. Instrumen yang digunakan dalam kajian ialah ujian pemikiran komputasional dan analisis Dr. Scratch. Data dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif dan inferensi yang mencakupi min, sisihan piawai, median, mod, ujian-t dua sampel tidak bersandar, ujian-t dua sampel bersandar dan ANOVA dua hala. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pemikiran komputasional pelajar antara kumpulan kawalan dan rawatan setelah intervensi diberikan. Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan min skor antara ujian pra dan pasca yang signifikan dalam kumpulan rawatan. Selain itu, didapati bahawa jantina memberi kesan yang signifikan terhadap pemikiran komputasional sama ada dalam kumpulan rawatan ataupun kumpulan kawalan. Kajian ini memberi implikasi bahawa guru perlu mengintegrasikan kemahiran pemikiran komputasional dalam subjek lain selain sains komputer seperti Fizik melalui perancangan pengajaran yang sesuai dengan konteks dan ciri-ciri pelajar.,Sarjana Pendidikan
Pages: 230
Call Number: QA76.9.P75I837 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120645+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.