Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460042
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Razak Ahmad, Prof. Dato’ Dr.
dc.contributor.authorSarmila Tamoh Deram (P88561)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:37:27Z-
dc.date.available2023-09-13T09:37:27Z-
dc.date.issued2019-11-26
dc.identifier.otherukmvital:120639
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460042-
dc.descriptionKajian ini merupakan satu kajian kuantitatif menggunakan kaedah kuasi eksperimen bagi melihat keberkesanan penggunaan Kitaran Pembelajaran 5E dalam meningkatkan minat, kemahiran pemikiran Sejarah(KPS) dan pencapaian akademik murid dalam kalangan murid tingkatan empat di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Kitaran Pembelajaran 5E yang dibina berteraskan teori konstruktisme yang bersifat instruksional merangkumi lima perkara iaitu Engage(Penglibatan), Explore(Eksplorasi), Explain(Penerangan), Elaborate(Penjelasan) dan Evaluate(Penilaian). Kitaran Pembelajaran 5E merupakan modul pengajaran yang dibina dengan menggunakan Model ADDIE. Kajian kuasi eksperimen menggunakan reka bentuk pra-pasca kumpulan – kumpulan tidak setara telah dijalankan dengan menggunakan Kitaran Pembelajaran 5E selama lapan minggu di empat buah sekolah di Negeri Sembilan. Hasil kajian rintis menunjukkan instrumen soal selidik mempunyai nilai kebolehpercayaan 0.87 melalui analisis Cronbach Alpha manakala instrumen ujian pencapaian pula telah mencapai nilai kebolehpercayaan 0.94 melalui analisis Kuder Richardson. Ini menunjukkan instrumen yang digunakan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Sampel kajian terdiri daripada 103 murid tingkatan empat yang terdiri daripada 53 murid dari dua kelas rawatan dari dua buah sekolah dan 50 murid dari dua kelas kawalan dari dua buah sekolah di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Data kajian telah dianalisis menggunakan SPSS versi 22.0 yang melibatkan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian menggunakan ujian MANOVA menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan yang menggunakan Kitaran Pembelajaran 5E berbanding dan kumpulan kawalan dari aspek minat , KPS dan pencapaian akademik. Hasil ujian korelasi Pearson turut menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan, tinggi dan positif antara minat dan KPS. Implikasi kajian mendapati bahawa Kitaran Pembelajaran 5E yang menggunakan Model Pembelajaran 5E dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Penggunaan Kitaran Pembelajaran 5E telah berjaya meningkatkan minat, kemahiran KPS dan juga meneningkat pencapaian akademik dalam kalangan murid dalam kajian ini. Ini jelas menunjukkan bahawa kepelbagaian kaedah dan teknik serta model pembelajaran dapat membantu guru Sejarah dalam mewujudkan sesi pembelajaran yang seronok, berpusatkan murid dan efektif.,Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectHistory -- Study and teaching (Secondary)
dc.subjectHistoriography
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKeberkesanan kitaran pembelajaran 5E dalam meningkatkan minat, kemahiran pemikiran sejarah dan pengetahuan sejarah murid tingkatan empat
dc.typetheses
dc.format.pages168
dc.identifier.callnoD16.2.S227 2019 tesis
dc.identifier.barcode004715(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120639+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.