Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460040
Title: | Amalan pengurusan pentadbir kokurikulum dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah menengah di daerah Taiping |
Authors: | Nor Hisham Hashim (P48754) |
Supervisor: | Tajul Arifin Bin Mohamad.Dr |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia School principals-Malaysia-Perak-Case studies School management and organization-Malaysia-Perak-Case studies High schools-Malaysia-Administration |
Issue Date: | 9-Oct-2012 |
Description: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat persepsi ketua guru penasihat kokurikulum terhadap amalan pengurusan pentadbir kokurikulum iaitu pengetua dan penolong kanan kokurikulum sebagai pengurus kokurikulum di sekolah-sekolah menengah Daerah Taiping. Aspek pengurusan kokurikulum yang dikaji adalah pengetua dan penolong kanan kokurikulum sebagai perancang, pengelola, pemimpin, dan pengawal pengurusan kokurikulum serta pengurusan kokurikulum secara keseluruhan. Sampel kajian ini terdiri daripada 210 orang ketua guru penasihat badan beruniform, kelab dan persatuan dari 10 buah sekolah menengah di Daerah Taiping. Data diperoleh melalui soal selidik yang dibina dan diubahsuai oleh pengkaji daripada beberapa instrumen yang terdahulu. Soal selidik ini telah diuji dan mempunyai kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Data yang diperolehi kemudian dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif di mana dapatan Skor min dan sisihan piawai digunakan bagi menerangkan setiap hipotesis kajian. Ujian-t dan ANOVA digunakan untuk menilai persepsi penyelaras kokurikulum berdasarkan maklumat demografi ketua guru penasihat kokurikulum untuk peranan yang dimainkan oleh pentadbir kokurikulum sebagai pengurus kokurikulum di sekolah. Dapatan menunjukkan bahawa guru-guru mempersepsikan pengetua dan penolong kanan kokurikulum mereka memainkan peranannya dalam pengurusan kokurikulum pada tahap sederhana tinggi bagi setiap dimensi dan pengurusan keseluruhan. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan iaitu P > 0.05 bagi amalan pengurusan pentadbir kokurikulum sekolah berdasarkan faktor demografi ketua guru penasihat kokurikulum. Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan P < 0.05 antara komponen merancang dengan mengelola, merancang dengan memimpin dan merancang dengan mengawal kokurikulum. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan pentingnya pentadbir kokurikulum di sekolah mempraktikkan amalan pengurusan yang berkesan agar para guru dan pelajar akan lebih bermotivasi dalam menjayakan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 115 |
Call Number: | LB2831.926.M4N646 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120141+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.2 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.