Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460039
Title: Hubungan dimensi-dimensi motivasi penglibatan dan keyakinan diri guru dalam melaksanakan gerak kerja kokurikulum
Authors: Muhamad Sauki Razali (P43877)
Supervisor: Tajul Arifin Muhamad, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Education-Curricula
Motivation in education
Teacher effectiveness
Issue Date: 15-Aug-2012
Description: Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji dimensi-dimensi motivasi penglibatan guru dalam gerak kerja kokurikulum. Seterusnya, kajian ini juga menyelidik hubungan antara dimensi-dimensi faktor intrinsik dan ekstrinsik motivasi penglibatan guru tersebut dengan tahap keyakinan mereka dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan dua instrumen iaitu Participation Motivation Instrument (PMI) dan Competitive State Anxiety Inventory (CSAI-2) yang ditadbirkan kepada 300 orang guru yang sedang terlibat dalam gerak kerja pendidikan luar atau pendidikan rekreasi dan di Negeri Pahang. Analisis statistik deskriptif menunjukkan para guru mempunyai tahap motivasi penglibatan; keseluruhan (m=4.04, sp=0.56), intrinsik (m=4.19, sp=0.61) dan ekstrinsik (m=3.89, sp=0.61) serta tahap keyakinan (m=4.07, sp=0.68) yang tinggi di dalam kegiatan kokurikulum. Dimensi kemahiran (m=4.51, sp=0.59) dan dimensi pasukan (m=4.43, p=0.60) merupakan motif terpenting penyertaan para guru dalam bidang tersebut. Analisis statistik inferensi pula menunjukkan perbezaan signifikan di antara motivasi penglibatan berdasarkan faktor ekstrinsik dan kumpulan F(2, 297) df=6.126 p=0.002 serta tempoh berkhidmat jurulatih F(3, 296) df=4.715 p=0.003. Perbezaan signifikan juga terdapat di antara dimensi pencapaian dan kumpulan F(2, 297) df=12.713 p=0.000, umur F(3, 296) df=5.642 p=0.001, tempoh khidmat guru F(3, 296) df=3.251 p=0.015, tempoh khidmat jurulatih F(3, 296) df=9.891 p=0.000 dan kelayakan akademik guru F(2, 297) df=3.067 p=0.048. Dimensi mahir (r=0.638, n=300, p<0.05) mempunyai hubungan kuat dengan tahap keyakinan para guru dalam pengendalian kokurikulum. Walau bagaimanapun, hubungan tahap keyakinan dan dimensi cergas, seronok, tenaga, situasi serta pasukan adalah sederhana. Sehubungan dengan itu, adalah penting untuk memahami para guru dari perspektif psikologi agar program latihan berkaitan kokurikulum dapat dirancang dengan lebih berkesan dengan memberi penumpuan kepada pembangunan motivasi secara intrinsik,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 193
Call Number: LB1570.M828
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120140+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.