Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460036
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorTuan Haji Zarin Ismail-
dc.contributor.authorDevaki N. Karumban @ Devi (P39080)-
dc.date.accessioned2023-09-13T09:37:19Z-
dc.date.available2023-09-13T09:37:19Z-
dc.date.issued2012-05-31-
dc.identifier.otherukmvital:119555-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460036-
dc.descriptionKajian Kuasi Eksperimen ini adalah untuk menguji keberkesanan aplikasi kemahiran penerokaan bukti daripada aspek pencapaian dan minat dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Pengkaji menerapkan aspek Kemahiran Penerokaan Bukti (KPB) dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah di dalam kelas. Kajian ini telah menganalisis penerapan 3 jenis kemahiran yang wujud dalam kalangan pelajar iaitu kemahiran menentukan signifikan bukti, kemahiran mengesan kecondongan sumber dan kemahiran membuat inferens. Kajian ini melibatkan 120 orang pelajar tingkatan 4 dari dua buah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Penyelidikan ini mengaplikasikan kaedah kajian kuantitatif dan disokong dengan data – data kualitatif. Data kuantitatif dikumpul dengan menggunakan set soalan ujian Pra, Pos, Pemahaman Fakta dan satu set soal selidik. Sementara, data kualitatif dikumpul melalui tugasan penerokaan bukti dalam kelas. Pengkaji menggunakan 7 set soalan terbuka yang terdiri daripada item – item sumber dan bukti sejarah. Pembinaan item tugasan Kemahiran Penerokaan Bukti ini berasaskan ‘Model Pembelajaran Progressif’ Data kuantitatif kajian ini dianalisis melalui perisian SPSS versi 11.5. Pengkaji mempersembahkan data kuantitatif dalam bentuk statistik deskriptif dan inferensi. Manakala, data kualitatif dianalisis menerusi skrip jawapan pelajar dalam tugasan Kemahiran Penerokaan Bukti. Pengkaji telah menyediakan ‘Rubric’ untuk menganalisis penulisan pelajar. ‘Rubric’ ini diubah suai daripada tugasan penerokaan bukti WebQuest. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan para pelajar mempunyai kemahiran tinggi dalam mengenal, membanding dan membeza sumber sejarah. Sebahagian besar pelajar juga berupaya menentukan signifikan bukti. Bagi aspek mengesan kecondongan sumber, pelajar memiliki tahap kemahiran sederhana tinggi. Pelajar mampu mengumpul, memilih dan menyaring sumber yang relavan untuk membincangkan fakta sejarah. Hasil kajian menunjukkan bahawa 75 peratus pelajar memiliki kemahiran membuat inferens (kesimpulan) yang ringkas dan mudah. Terdapat 12 orang pelajar yang telah memberikan inferens yang logik, rasional, kritis dan kreatif berdasarkan sumber bukti yang dicari sendiri. Secara keseluruhan, skor pencapaian kumpulan eksperimen dalam ujian sejarah adalah lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Kesimpulannya, kajian kemahiran penerokaan bukti dalam pendidikan sejarah telah memberikan idea dan diversiti dalam kaedah pengajaran guru sejarah di dalam kelas.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isoeng-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMotivation in education-
dc.subjectEngagement (Philosophy)-
dc.titleKeberkesanan aplikasi analisis sumber ke arah kemahiran penerokaan bukti, pencapaian dan minat pelajar dalam mata pelajaran sejarah-
dc.typetheses-
dc.format.pages231-
dc.identifier.callnoLB1065.D448 2012 tesis-
dc.identifier.barcode003088 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119555+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.