Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460034
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Aishah Buang, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorDibraezatul Eldiazessrah Awalludin (P53968)-
dc.date.accessioned2023-09-13T09:37:16Z-
dc.date.available2023-09-13T09:37:16Z-
dc.date.issued2012-10-04-
dc.identifier.otherukmvital:119400-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460034-
dc.descriptionKajian ini adalah bertujuan memeriksa tahap daya saing dan tahap pembangunan diri usahawan belia Skim Tabung Amanah Ekonomi Belia (STEB). Perbezaan dari segi latar belakang pendidikan, tahap kemahiran pekerja, jenis industri, kawasan pasaran dan kaedah penjualan produk turut dikaji. Kajian juga turut melihat sama ada tahap daya saing dan tahap pembangunan diri mempengaruhi prestasi perniagaan. Kajian dijalankan ke atas 327 orang usahawan belia (STEB) dari tahun 2009 hingga 2011. Instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada Nor Aishah (2009) digunakan. Manakala enam orang peserta kajian ditemu bual untuk memperjelas dan menyokong fenomena yang dikenal pasti dalam pendekatan kuantitatif. Keputusan analisis deskriptif mendapati min tahap daya saing usahawan belia (STEB) berada pada tahap sederhana rendah (min=2.86) manakala min tahap pembangunan diri berada pada tahap rendah (min=2.00). Analisis Korelasi Pearsons pula menunjukkan terdapat hubungan yang positif tetapi rendah di antara tahap daya saing dan tahap pembangunan diri usahawan belia (r=0.378). Berdasarkan Analisis Regresi Pelbagai mendapati faktor tahap daya saing dan tahap pembangunan diri mempengaruhi prestasi syarikat. Faktor tahap daya saing yang paling mempengaruhi prestasi syarikat adalah keupayaan untuk meneroka peluang pasaran (β=0.148, p<0.05) manakala tahap pembangunan diri adalah faktor mendapatkan sumber maklumat untuk pembelajaran perniagaan (β=0.168, p<0.05). Keputusan ujian ANOVA sehala menunjukkan hanya terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap daya saing dengan latar belakang pendidikan [F(294,32)=1.685], manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pembangunan diri dengan jenis industri [F(294,32)=1.644]. Beberapa implikasi dan cadangan dikemukakan dan diharap membantu untuk kajian lanjutan pada masa akan datang, terutamanya kepada agensi pelaksana skim (STEB), para pengkaji dan usahawan belia yang terlibat untuk lebih berdaya saing dalam membangunkan diri dan meningkatkan prestasi perniagaan untuk berdaya saing di peringkat pasaran global.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKeusahawanan-
dc.subjectTabung amanah ekonomi belia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations.-
dc.titleTahap daya saing dan tahap pembangunan diri usahawan belia skim tabung amanah ekonomi belia (STEB)-
dc.typetheses-
dc.format.pages221-
dc.identifier.callnoHB615.D535 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002624 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119400+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.