Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460033
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorEffandi Zakaria, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNorulbiah Ngah (P54412)-
dc.date.accessioned2023-09-13T09:37:15Z-
dc.date.available2023-09-13T09:37:15Z-
dc.date.issued2012-10-05-
dc.identifier.otherukmvital:119399-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460033-
dc.descriptionKajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan pelajar dalam menjana masalah matematik, sikap pelajar terhadap penyelesaian masalah matematik dan keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik. Kajian ini juga ingin mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan keupayaan menjana masalah matematik, perbezaan sikap terhadap penyelesaian masalah dan perbezaan keupayaan menyelesaikan masalah matematik berdasarkan jantina.Hubungan antara keupayaan pelajar dalam menjana masalah matematik dengan sikap terhadap penyelesaian masalah matematik dan keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik turut dikenalpasti.Sampel kajian terdiri 370 orang pelajar tingkatan empat aliran sains tulen di sekitar daerah Kuala Terengganu.Tiga instrumen yang digunakan iaitu Instrumen Penjanaan Masalah Matematik, Instrumen Sikap terhadap Penyelesaian Masalah Matematik dan Instrumen Penyelesaian Masalah Matematik.Data telah dianalisismenggunakananalisisdeskriptifdananalisisinferensiiaituujian-t danKorelasi Pearson.Keputusan kajian menunjukkan pelajar lebih berkeupayaan menjana 'Masalah Due’ berbanding 'Masalah Uno’.Selain itu, kajian ini juga mendapati keupayaan pelajar dalam menjana masalah matematik, sikap terhadap penyelesaian masalah matematik dan keupayaan menyelesaikan masalah matematik adalah pada tahap yang sederhana.Dapatankajiandenganmenggunakananalisisinferensimenunjukkanbahawatid akterdapat perbezaan berdasarkan jantina terhadap ketiga-tiga pemboleh ubah yang dikaji.Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara keupayaan pelajar dalam menjana masalah matematik dengan keupayaan menyelesaikan masalah matematik namun tahap hubungan tersebut adalah rendah.Manakala dapatan juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara keupayaan menjana masalah matematik dengan sikap terhadap penyelesaian masalah matematik.Oleh itu, adalah penting untuk mendedahkan para pelajar dengan aktiviti penjanaan masalah matematik.Para guru seharusnya melibatkan pelajar dalam penjanaan masalah untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah matematik.Aktiviti ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar berfikir secara kreatif dan kritis seperti yang diharapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMatematik-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations.-
dc.titleKeupayaan pelajar dalam menjana masalah matematik-
dc.typetheses-
dc.format.pages179-
dc.identifier.callnoLC1035.N646 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002623 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119399+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.