Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460032
Title: Kemahiran dan amalan pengurusan perniagaan dalam kalangan ahli lembaga koperasi sekolah
Authors: Farlizawati Aziz Khairi (P53988)
Supervisor: Hajah Halimah Harun
Keywords: Pengurusan perniagaan
Sekolah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations.
Issue Date: 6-Sep-2012
Description: Kemahiran pengurusan perniagaan merupakan kemahiran penting dan perlu dipraktikkan oleh ALK dalam mengurus dan mentadbir koperasi. Kajian ini bertujuan mengkaji tentang kemahiran pengurusan perniagaan dan amalan pengurusan perniagaan yang dipraktikkan oleh ALK dalam menguruskan koperasi serta sumbangannya terhadap prestasi perniagaan koperasi. Seterusnya kajian ini juga bertujuan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh ALK dalam mengurus koperasi. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes kualitatif di mana data diperoleh secara triangulasi iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Peserta kajian terdiri daripada sepuluh orang naib pengerusi koperasi, sepuluh orang ALK guru dan sepuluh orang ALK pelajar daripada sepuluh buah sekolah menengah di Daerah Kuala Terengganu, Terengganu. Penghuraian, pentafsiran dan rumusan data dilakukan dengan meneliti tema, kerangka konsep kajian dan soalan-soalan kajian. Dapatan kajian dilaporkan dalam dua bahagian iaitu profil koperasi dan peserta kajian serta berdasarkan soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan beberapa masalah yang dihadapi oleh ALK ialah berkaitan kekangan masa, bebanan tugas, sokongan dari pihak pentadbir, kekurangan ilmu pengurusan dan pengalaman, kecurian, pekerja, pembekal dan pengurusan kewangan. Selain itu dapatan kajian ini juga menjelaskan bahawa, kemahiran dan amalan pengurusan perniagaan yang diamalkan oleh ALK dalam mengurus koperasi merangkumi fungsi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, pengawalan dan pengurusan kewangan. Hasil kajian seterusnya menunjukkan bahawa kemahiran dan amalan pengurusan perniagaan yang diamalkan oleh ALK memberi kesan yang positif terhadap peningkatan prestasi perniagaan koperasi. Kajian ini memberikan implikasi kepada ALK dalam mengurus dan mentadbir koperasi. Kesimpulannya, ALK yang mempunyai kemahiran dan mengamalkan fungsi pengurusan perniagaan sepenuhnya dalam menguruskan koperasi membantu meningkatkan dan mengembangkan perniagaan koperasi untuk lebih maju dan berdaya saing. Hal ini selaras dengan Teras Strategik ke IV Dasar Koperasi Negara 2011-2020 iaitu memberi penekanan untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi dengan mensasarkan penubuhan seratus peratus koperasi di peringkat sekolah menengah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 378
Call Number: LB2805.F347 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119394+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
217.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.