Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460026
Title: | Pengetahuan dan strategi pengajaran prosodi guru bahasa Arab dalam kemahiran bertutur |
Authors: | Nur Syukriyah Mohd Suib (P92468) |
Supervisor: | Harun Baharudin, Dr. |
Keywords: | Arabic language -- Study and teaching Arabic language -- Spoken Arabic Arabic language -- Dialects Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Mar-2020 |
Description: | Guru yang menguasai elemen prosodi dengan baik dan menerapkan elemen prosodi dalam pengajaran kemahiran bertutur bahasa Arab mampu memberikan impak positif dalam kemahiran bertutur pelajar. Elemen prosodi seperti tekanan, intonasi, jeda dan mora bukan sahaja penting dalam komunikasi bahkan penting dalam memastikan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berkesan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan prosodi dan strategi pengajaran prosodi guru bahasa Arab dalam kemahiran bertutur. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk kajian tinjauan dan menggunakan satu set soal selidik yang terdiri daripada dua konstruk utama iaitu pengetahuan prosodi (16 item) dan strategi pengajaran prosodi (19 item). Seramai 152 orang guru Bahasa Arab yang mengajar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Selangor telah dipilih sebagai responden kajian. Soal selidik ini telah mendapat kesahan daripada empat orang pakar dan kebolehpercayaan dengan nilai Cronbach Alpha 0.898 dan 0.907. Data yang diperoleh dianalisis dalam bentuk deskriptif dan inferensi. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) versi 20. Hasil data yang dianalisis menunjukkan kedua-dua konstruk iaitu tahap pengetahuan prosodi berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min 3.76, sisihan piawai 0.465 dan strategi pengajaran prosodi juga berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min 3.69, sisihan piawai 0.484. Melalui analisis inferensi MANOVA, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pengetahuan prosodi dan strategi pengajaran prosodi berdasarkan opsyen Manakala, tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pengetahuan prosodi berdasarkan pengalaman mengajar. Namun, terdapat perbezaan yang signifikan bagi strategi pengajaran prosodi berdasarkan pengalaman mengajar Analisis korelasi Pearson juga menjelaskan wujud hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan prosodi dan tahap penggunaan strategi pengajaran prosodi pada tahap kuat (r=0.530). Sementara itu, dapatan kajian juga merumuskan bahawa terdapat sumbangan pengetahuan prosodi terhadap penggunaan strategi prosodi dengan nilai (r₂=0.281) bersamaan 28.1%. Kesimpulannya, pengetahuan dan penguasaan guru terhadap prosodi memberi sumbangan kepada penggunaan strategi prosodi dalam kemahiran bertutur. Oleh yang demikian, impak dan kesan daripada kajian ini diharapkan dapat menambah baik pengajaran prosodi dan memberi kesedaran kepentingan prosodi dalam kalangan guru bahasa Arab. Melalui kajian ini juga, diharapkan guru bahasa Arab lebih menekankan elemen prosodi supaya dapat meningkatkan kemahiran bertutur pelajar dalam bahasa Arab selaras dengan hasrat dan matlamat KPM.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 145 |
Call Number: | PJ6066.N857 2020 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118767+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.92 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.