Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460025
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMaimun Aqsha Lubis Abdin Lubis, Prof Madya Dr.
dc.contributor.authorMazlinna Mustafa (P92476)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:37:01Z-
dc.date.available2023-09-13T09:37:01Z-
dc.date.issued2020-06-02
dc.identifier.otherukmvital:118766
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460025-
dc.descriptionAplikasi Kod QR telah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang, termasuk bidang pendidikan terutama di luar negara. Penggunaannya yang mudah diakses didapati dapat meningkatkan amalan pedagogi guru menggunakan bahan bantu mengajar yang lebih interaktif. Walau bagaimanapun aplikasi ini belum digunakan secara meluas di peringkat sekolah terutama dalam PdPc bahasa Arab di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan amalan penggunaan Kod QR dalam kalangan guru bahasa Arab. Selain itu kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan pengetahuan, kemahiran dan sikap dengan amalan guru terhadap penggunaan Kod QR dalam PdPc bahasa Arab. Kajian ini juga untuk mengenal pasti sumbangan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhadap amalan penggunaan Kod QR dalam PdPc bahasa Arab. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan untuk mengumpul data dari responden. Populasi kajian adalah seramai 204 orang guru bahasa Arab yang mengajar bahasa Arab tingkatan satu dan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi dan kelas-kelas aliran agama di Sekolah Harian di negeri Selangor. Sampel kajian ini adalah seramai 136 orang guru yang dipilih secara rawak berstrata. Analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data yang telah dikumpul. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap penggunaan Kod QR adalah tinggi, manakala tahap kemahiran dan amalan penggunaan Kod QR dalam PdPc adalah pada tahap sederhana. Analisis korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana antara pengetahuan dengan amalan penggunaan. Selain itu terdapat hubungan positif yang kuat antara kemahiran dan sikap guru dengan amalan penggunaan Kod QR dalam PdPc. Analisis regresi berganda pula menunjukkan bahawa kemahiran dan sikap merupakan peramal yang menyumbang kepada amalan guru menggunakan Kod QR dalam PdPc. Analisis regresi berganda juga menunjukkan kemahiran merupakan penyumbang terbesar berbanding sikap. Implikasi kajian ini dijangka dapat membantu penambah baikan amalan guru bahasa Arab dalam mengaplikasikan elemen multimedia dalam PdPc. Guru bahasa Arab juga perlu lebih proaktif dalam melaksanakan proses PdPc seiring dengan perkembangan dan transformasi pendidikan Malaysia.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectIndividualized instruction
dc.subjectQR codes
dc.subjectAugmented reality
dc.subjectArabic language -- Study and teaching
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengetahuan, kemahiran, sikap dan amalan penggunaan kod QR dalam pengajaran bahasa Arab
dc.typetheses
dc.format.pages136
dc.identifier.callnoLB1031.M339 2020 tesis
dc.identifier.barcode004633
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118766+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.