Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460024
Title: | Tahap penggunaan facebook dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Melaka |
Authors: | Latifah Zakaria (P66351) |
Supervisor: | Aidah Abdul Karim, Dr. |
Keywords: | Online social networks Internet -- Social aspects Facebook (Electronic resource) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-Oct-2019 |
Description: | Facebook adalah platform media sosial yang paling popular serta banyak digunakan di dunia, terutamanya oleh golongan pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan laman rangkaian sosial Facebook dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Melaka. Kajian tinjauan ini melibatkan 201 orang pelajar yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data kajian telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 19.0 dan Winsteps versi 3.68.2. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan Facebook bagi pelajar sekolah menengah adalah pada tahap sederhana (min = 3.020, sisihan piawai = 0.599). Keputusan ujian-t pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara tahap penggunaan Facebook dengan jantina dan jenis aliran pengajian pelajar tersebut. Walau bagaimanapun, keputusan analisis ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap penggunaan Facebook berdasarkan jenis peralatan yang digunakan oleh pelajar untuk mengakses Facebook. Justeru, kajian ini menunjukkan laman sosial Facebook sesuai dijadikan sebagai salah satu elemen dalam Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) melalui pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih interaktif.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 97 |
Call Number: | HM742.L338 2020 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118765+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 921.87 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.