Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460021
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorDesi Andriani (P63783)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:36:56Z-
dc.date.available2023-09-13T09:36:56Z-
dc.date.issued2014-04-02
dc.identifier.otherukmvital:118705
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460021-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi tahap amalan pengajaran, pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) dan kompetensi profesional guru Matematikdi Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) di Riau, Indonesia. Kajian ini juga bertujuan meneroka hubungan antara ketiga-tiga pembolehubah. Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan soal selidik dan ujian kompetensi profesional guru. Sampel kajian melibatkan seramai 214 orang guru Matematik SMAN darienam daerah dan dipilih menggunakan teknik persampelan strata dua peringkat bertujuan. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi yang melibatkan ujian-t tidak bersandar, korelasi Pearson, ANOVA, MANOVA, dan Kruskal-Wallis. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan pengajaran berpusatkan kepada guru adalah pada tahap tinggi (M= 3.73; SP = 0.33) dan tahap amalan pengajaran berpusatkan kepada pelajar adalah pada tahap sederhana (M = 3.37; SP = 0.46), tahap PPIK juga adalah pada tahap sederhana tinggi (M = 3.48; SP = 0.40), dan tahap kompetensi profesional guru secara purata adalah pada tahap kurang berkompetensi (M = 59.31; SP = 12.17). Bagi amalan pengajaran berpusatkan guru terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan pengalaman mengajar. Bagi amalan pengajaran berpusatkan kepada pelajar pula terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Walaubagaimanapun, bagi PPIK tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina, tetapi terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan pengalaman mengajar. Sehubungan dengan kompetensi profesional dan aspek-aspek kompetensi profesional secara keseluruhan, tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan pengalaman mengajar, tetapi terdapat perbezaan yang signifikan antara kompetensi pengurusan bilik darjah dan aktiviti pembelajaran berdasarkan pengalaman mengajar. Komponen amalan pengajaran didapati tidak mempunyai hubungan dengan pengetahuan pedagogi isi kandungan (r = 0.025), namun amalan pengajaran berpusatkan kepada pelajar mempunyai hubungan korelasi yang rendah dengan kompetensi profesional guru (r = 0.142). Disamping itu, data menunjukkan bahawa amalan pengajaran yang berpusatkan kepada pelajar mempunyai hubungan positif yang rendah dengan aspek pengurusan bilik darjah dan aktiviti pembelajaran (r = 0.14). PPIK didapati tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kompetensi profesional guru (r = 0.020), manakala PPIK mempunyai hubungan yang signifikan dengan satu aspek kompetensi profesional iaitu penggunaan media dan sumber belajar (r = 0.16). Kajian mencadangkan bahawa guru diberikan program pengembangan profesionalisme mengenai PPIK untuk semua guru Matematik, terutama guru berpengalaman. Kajian juga mencadangkan bahwa kekerapan latihan kompetensi profesional perlu ditingkatkan. Seterusnya, guru Matematik perlu sentiasa dilatih dan dipantau amalan pengajaran dalam bilik darjah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Indonesia.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectTeachers-Indonesia.
dc.subjectTeaching-Indonesia.
dc.subjectMathematics-Study and teaching.
dc.titleHubungan antara amalan pengajaran, pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) dan kompetensi profesional guru matematik Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) di Riau
dc.typetheses
dc.format.pages196
dc.identifier.barcode002608 (2014)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118705+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.