Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460019
Title: | Pembinaan dan keberkesanan sistem maklumat “I-Step” terhadap perkembangan prestasi pelajar |
Authors: | Kus Ani Andayani (P73928) |
Supervisor: | Mohd Jasmy Abd Rahman, Mejar |
Keywords: | Academic achievement Information resources management Parent-teacher relationships Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 30-Mar-2017 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai sebuah sistem maklumat yang membolehkan komunikasi antara ibu bapa dan guru di sekolah dapat dijalankan secara berkesan. Objektif utama kajian ini dijalankan ialah untuk menghilangkan halangan komunikasi yang sering berlaku di antara guru dan ibu bapa. Justeru itu, dengan pembinaan sistem maklumat I-STeP (Integrated-Student, Teacher, and Parents) diharapkan segala permasalahan ini dapat diatasi. I-STeP merupakan sebuah sistem secara atas talian di mana maklumat boleh diakses di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Meskipun bagi Ibu bapa yang berkerjaya dan mempunyai masa yang singkat, mereka masih dapat memantau perkembangan anak-anak mereka menggunakan I-STeP. Pembinaan sistem maklumat I-STeP ini disokong oleh peralatan teknikal dan perisian berasaskan WEB atas talian dengan menggunakan perisian PHP (Pearl Hypertext Preprocessor) dan MySQL (My Structured Query Language) bagi mereka bentuk pangkalan data. Reka bentuk kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif diskriptif. Selain itu, I-STeP ini dibangunkan berpandu kepada model pembinaan ADDIE dan juga successive approximation model (SAM1) pada fasa reka bentuk sistem maklumat. Pembinaan sistem maklumat I-STeP merupakan sebuah media bagi memantau perkembangan prestasi pelajar. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah model Insan Madani Mustikajaya Kota Bekasi Jawa Barat, Indonesia, dengan melibatkan seramai 237 ibu bapa pelajar tingkatan satu dan dua, 18 orang guru, dan dua orang staf sokongan pentadbiran sekolah sebagai sampel. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik berskala Likert satu hingga empat mengikut konteks tempatan. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan bantuan perisian SPSS 22 dan disokong dengan kaedah pengujian black box. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pembinaan sistem maklumat I-STeP mendapat hasil yang positif daripada ibu bapa pelajar, kerana sitem ini mudah digunakan, dan boleh membantu komunikasi secara interaktif ibu bapa dengan guru serta sekolah.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 112 |
Call Number: | LB1063.K837 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118420+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 528.86 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.