Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460015
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAliza Alias, Dr.
dc.contributor.authorAsalama Mamat (P79036)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:36:48Z-
dc.date.available2023-09-13T09:36:48Z-
dc.date.issued2019-11-14
dc.identifier.otherukmvital:118047
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460015-
dc.descriptionKajian ini bertujuan mengenal pasti keterujaan luar biasa (KLB) pelajar pintar dan berbakat berdasarkan gender dan kategori kepintaran iaitu pelajar pintar akademik (PPA), pelajar pintar seni (PPSn) dan pelajar pintar sukan (PPSk) serta hubungannya dengan pemilihan kerjaya. Seramai 241 pelajar tingkatan 4 telah dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan dalam kajian ini iaitu pelajar pintar akademik (PPA) seramai 117 orang, pelajar pintar Seni (PPSn) seramai 46 orang dan 78 yang lain adalah pelajar pintar Sukan (PPSn). Keterujaan luar biasa pelajar diukur menggunakan soal selidik Overexcitability Questionnaire II mempunyai lima domain keterujaan luar biasa iaitu emosi, psikomotor, intelek, sensori dan imaginasi. Manakala, pemilihan kerjaya pula terdiri daripada 6 komponen minat kerjaya iaitu realistik, investigatif, artistik, sosial, enterprising dan konvensional yang diukur menggunakan Inventori Minat Kerjaya Holland. Dapatan kajian daripada data yang dianalisis menggunakan statistik deskriptif menunjukkan semua pelajar pintar berbakat yang dikaji mempunyai ciri-ciri KLB dengan nilai min melebihi 3. Analisis MANOVA menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan bagi KLB psikomotor dan KLB sensori antara kategori kepintaran, di mana PPSn menunjukkan ciri KLB psikomotor paling tinggi manakala PPA pula bagi KLB sensori berbanding PPSk. Wujud perbezaan yang signifikan keterujaan luar biasa berdasarkan gender di mana pelajar perempuan mempamerkan KLB intelek dan KLB sensori lebih tinggi berbanding lelaki. Analisis Kurskal Wallis menunjukkan bahawa pelajar pintar berbakat lelaki lebih cenderung ke arah pemilihan kerjaya investigatif berbanding pelajar perempuan. Seterusnya, terdapat perbezaan pemilihan kerjaya realistik, artistik dan enterprising berdasarkan kategori kepintaran di mana PPSn lebih cenderung terhadap kerjaya artistik. Kesimpulannya, kesemua domain KLB kecuali sensori mempunyai hubungan dengan enam komponen pemilihan kerjaya kecuali konvensional, menunjukkan KLB boleh menjadi pemangkin ke arah perkembangan bakat dan kerjaya pelajar pintar dan berbakat.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectGifted children
dc.subjectChild psychology
dc.subjectGifted children -- Identification
dc.subjectGifted children -- Education
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKeterujaan luar biasa dan pemilihan kerjaya pelajar pintar berbakat
dc.typetheses
dc.format.pages140
dc.identifier.callnoBF723.G5A833 2019 tesis
dc.identifier.barcode004561(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118047+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.