Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460014
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAida Hanim A. Hamid, Dr.
dc.contributor.authorWan Noorhayati Wan Zainulddin (P92573)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:36:47Z-
dc.date.available2023-09-13T09:36:47Z-
dc.date.issued2019-12-26
dc.identifier.otherukmvital:118046
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460014-
dc.descriptionKomuniti pembelajaran profesional (KPP) merupakan salah satu kaedah dalam membangunkan profesionalisme dan meningkatkan tahap efikasi kendiri guru-guru Sains. Oleh itu, pengurusan KPP yang efektif oleh pentadbir sekolah adalah penting bagi memastikan pelaksanaan KPP mencapai matlamat yang dihasratkan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan pengurusan KPP pentadbir sekolah dengan efikasi kendiri guru Sains. Kajian berbentuk kuantitatif ini melibatkan responden seramai 231 orang guru Sains di daerah Hulu Langat, Selangor. Data yang diperoleh daripada borang soal selidik dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan pengurusan KPP pentadbir sekolah berada pada tahap tinggi (min = 4.01; sp = 0.467). Tahap efikasi kendiri guru Sains juga berada pada tahap tinggi (min = 4.19; sp = 0.412). Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap efikasi kendiri guru Sains berdasarkan gred jawatan [F(3,227) = 5.983; p<0.05] dan pengalaman mengajar guru [F(4,226) = 4.594; p<0.05]. Seterusnya dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif tetapi pada tahap lemah antara amalan pengurusan KPP dengan efikasi kendiri guru Sains (r = 0.422, p<0.05). Dimensi menilai keberkesanan (0.228, t = 2.539, p = 0.012) dan dimensi membuat analisis keperluan ( 0.220, t = 2.444, p = 0.015) dalam amalan pengurusan KPP menjadi peramal yang dominan terhadap efikasi kendiri guru Sains. Oleh sebab itu, berdasarkan hasil kajian, pentadbir sekolah perlu memastikan aspek penetapan kumpulan sasaran diberikan perhatian yang khusus dalam merancang dan melaksanakan KPP di sekolah agar dapat memenuhi keperluan dan kehendak guru serta menepati hasrat sebenar pelaksanaan KPP di sekolah. Kemahiran dan komitmen pentadbir dalam menguruskan KPP yang berkesan di sekolah boleh membantu meningkatkan efikasi kendiri guru Sains. Dapatan kajian ini boleh membantu pentadbir sekolah untuk membuat penambahbaikan terhadap pengurusan KPP demi meningkatkan efikasi kendiri guru seterusnya menyumbang kepada peningkatan pencapaian murid.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectScience teachers -- Rating of
dc.subjectScience teachers -- Training of
dc.subjectTeacher effectiveness
dc.subjectScience -- Study and teaching (Secondary)
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAmalan pengurusan komuniti pembelajaran professional pentadbir dan efikasi kendiri guru sains
dc.typetheses
dc.format.pages123
dc.identifier.callnoQ181.W343 2019 tesis
dc.identifier.barcode004560(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118046+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.