Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460007
Title: Tahap keupayaan dan amalan membaca al-Quran pelajar bermasalah disiplin sekolah menengah di bahagian Kuching Sarawak
Authors: Salihah Ali (P92474)
Supervisor: Mohd Isa Hamzah, Dr.
Keywords: Qur'an -- Criticism, interpretation, etc.
Qur'an -- Appreciation
Qur'an -- Reading
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Feb-2020
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keupayaan dan amalan membaca al-Quran dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin sekolah menengah di bahagian Kuching, Sarawak. Seramai 182 orang pelajar bermasalah disiplin telah melengkapkan soal selidik yang diberi. Kajian tinjauan telah digunakan dalam kajian ini dan terdiri dari empat bahagian dalam soal selidik iaitu faktor demografi, keupayaan membaca al-Quran pelajar, amalan membaca al-Quran pelajar dan amalan membaca al-Quran ibu bapa. Analisis data secara deskriptif dan inferensi melalui ujian Korelasi Pearson dan ujian ANOVA Sehala dilakukan dengan perisisan SPSS. Keputusan kajian telah menunjukkan tahap keupayaan bacaan al-Quran dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin berada pada tahap sederhana manakala amalan membaca al-Quran pelajar dan amalan membaca al-Quran ibu bapa berada pada tahap rendah. Hasil kajian juga mendapati wujud hubungan yang signifikan antara tahap keupayaan membaca al-Quran pelajar dengan amalan membaca al-Quran mereka dan amalan membaca al-Quran ibu bapa dengan amalan membaca al-Quran pelajar. Kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan membaca al-Quran pelajar berdasarkan tahap pendidikan dan jenis pekerjaan ibu bapa namun tidak wujud perbezaan yang signifikan berdasarkan tahap pendapatan ibu bapa. Ini menunjukkan penguasaan pelajar bermasalah disiplin dalam membaca al-Quran dan menjadi amalan seharian masih di tahap tidak memuaskan. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi implikasi kepada ibu bapa, pihak sekolah terutama para guru dan institusi-institusi agama Islam dalam memberikan didikan dan bimbingan al-Quran kepada pelajar-pelajar bermasalah disiplin ini agar dapat meningkatkan lagi keupayaan dan amalan membaca al-Quran dalam kehidupan mereka.,Sarjana Pendidikan
Pages: 161
Call Number: BP130.4.S287 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118000+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.