Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459998
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZanaton Iksan, Dr.-
dc.contributor.authorNuraini Abu Bakar (P73808 )-
dc.date.accessioned2023-09-13T09:36:28Z-
dc.date.available2023-09-13T09:36:28Z-
dc.date.issued2017-05-30-
dc.identifier.otherukmvital:117200-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459998-
dc.descriptionPengajaran dan pembelajaran sains berteraskan inkuiri adalah sangat relevan kerana ia menggabungkan pelbagai elemen dalam kemahiran proses sains. Namun, pelaksanaanya masih menjadi cabaran kepada para pendidik dan murid. Kejayaan pendekatan Lesson Study di Jepun telah memberikan aspirasi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengadaptasi pendekatan ini dalam sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu, Lesson Study mungkin menjadi pendekatan yang baik untuk diguna pakai semasa aktiviti pengajaran inkuiri kerana ia bukan sahaja menambah baik kemahiran profesionalisme guru malah memastikan amalan kemahiran proses sains pelajar semasa melakukan aktiviti sains melalui kolaborasi guru. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka perkembangan pembelajaran murid tahun lima dalam melaksanakan aktiviti sains berasaskan inkuiri bagi tajuk ‘Proses Hidup Haiwan’ melalui pendekatan Lesson Study. Langkah Lesson Study dimulai dengan pengkaji merancang pengajaran yang mengintegrasikan inkuiri bersama empat orang guru di sekolah, diikuti dengan kelas terbuka yang melibatkan lapan pemerhati dan refleksi selepas pengajaran. Aktiviti inkuiri melibatkan tujuh fasa dalam model pembelajaran inkuiri 7E iaitu fasa elicit, engage, explore, explain, elaborate, evaluate dan extend. Hasil daripada pemerhatian dan refleksi didapati beberapa ciri inkuiri telah dilakukan oleh pelajar sepanjang proses pembelajaran berlangsung iaitu i) melakukan pemerhatian, ii) melibatkan diri dalam penyoalan, iii) mendapatkan dan menggunakan maklumat yang berkaitan, iv) mencadangkan jawapan, penerangan atau jangkaan tentang sesuatu situasi, v) komunikasi, vi) kemahiran berfikir aras rendah dan vii) kemahiran berfikir aras tinggi. Implikasi dari kajian ini ialah, pendekatan Lesson Study membantu guru dalam merancang bagaimana untuk mengintegrasikan inkuiri melalui kolaborasi, seterusnya proses pelaksanaannya dapat dinilai oleh rakan guru yang lain untuk melihat pelaksanaan inkuiri. Maka, secara tidak langsung penambahbaikan pengajaran dapat dilakukan berdasarkan proses refleksi bagi memastikan pengajaran secara inkuiri dapat dilaksanakan sebaik mungkin mengikut konteks pembelajaran pelajar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectLesson planning -- Study and teaching-
dc.subjectScience -- Study and teaching-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleMeneroka perkembangan pembelajaran sains berasaskan model pembelajaran inkuiri 7E melalui pendekatan Lesson Study-
dc.typetheses-
dc.format.pages270-
dc.identifier.callnoLB1027.4.N837 2017 tesis-
dc.identifier.barcode004390(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117200+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.