Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459992
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Saemah Rahman, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Siti Asmah Md Yusof (P74436 ) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:36:20Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:36:20Z | - |
dc.date.issued | 2017-05-19 | |
dc.identifier.other | ukmvital:117196 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459992 | - |
dc.description | Kepentingan dalam penyelesaian masalah matematik berayat dan kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam mengendalikan masalah ini memberikan inspirasi kepada pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Modul pembelajaran PMku dihasilkan untuk meningkatkan prestasi murid dalam penyelesaian masalah matematik berayat. Penggunaan strategi metakognitif, model Polya dan aktiviti visualisasi dapat membantu murid mengatasi kesukaran dalam penyelesaian masalah matematik berayat. Kajian berbentuk kuasi eksperimen kumpulan kawalan tidak setara bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan modul pembelajaran PMku bagi meningkatkan prestasi murid. Sampel kajian ini melibatkan 85 murid Tingkatan Dua dalam sistem pendidikan Malaysia (43 orang dalam kumpulan eksperimen dan 42 orang lagi dalam kumpulan kawalan). Murid dalam kumpulan eksperimen diajar menggunakan modul dan strategi PMku manakala murid dalam kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah konvensional (kaedah yang biasa digunakan). Dua set ujian pencapaian (satu untuk ujian pra dan satu lagi untuk ujian post)digunakan untuk menilai pencapaian murid. Selain itu, murid dari kumpulan eksperimen diminta untuk menjawab soal selidik untuk mengukur persepsi mereka mengenai keberkesanan modul tersebut. Data yang diambil telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi statistik menggunakan ujian-t dan analisis kovarians (ANCOVA). Keputusan analisis menunjukkan murid dalam kumpulan eksperimen mendapat pencapaian lebih baik berbanding murid dalam kumpulan kawalan. Murid dalam kumpulan eksperimen memberikan persepsi positif mengenai keberkesanan modul tersebut. Dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan modul pembelajaran PMku sebagai strategi pengajaran bagi membantu murid dalam penyelesaian masalah matematik berayat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Mathematics -- Study and teaching (Middle school) | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kesan aplikasi modul PMku ke atas pencapaian penyelesaian masalah matematik berayat | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 200 | |
dc.identifier.callno | QA135.6.S593 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004386(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117196+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 988.49 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.